Penghasilan shiplap wall pada masa kini sudah tidak asing lagi bagi menjadikan kediaman lebih menarik. Dengan menggunakan konsep hiasan dinding seperti ini, suasana rumah dilihat lebih ceria berbanding hanya dengan menggunakan cat sahaja.
Disebabkan mahu memberikan nafas baru pada bahagian dinding rumahnya, lelaki ini yang bernama Haniff Omar telah melakukan ubahsuai bahagian dalaman rumahnya itu dengan menggunakan shiplap wall.
Untuk melihat proses dan hasil ubahsuai yang dilakukan ini, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah.
Alhamdulillah. Siap projek shiplap wall.
Keadaan dinding sebelum proses ubahsuai dilakukan
Proses-proses pemasangan shiplap wall mula dilakukan secara berperingkat.
Selepas pemasangan shiplap wall berjaya dilakukan, proses seterusnya pula adalah dengan mengecat dinding tersebut dengan cat warna putih.
Cat putih lapisan pertama selesai dilakukan.
Inilah rupa dinding setelah proses mengecat selesai dilakukan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu pembaca di luar sana dalam melakukan projek pemasangan shiplap wall menggunakan kayu MDF seperti ini. Semoga bermanfaat.