Semua orang mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri, tidak kira golongan yang sudah berkahwin ataupun bujang. Walaupun rumah yang dibeli itu rumah jenis lama, Namun, sekiranya ia dibeli dengan hasil titik peluh sendiri, boleh dikatakan satu kejayaan besar untuk diri kita.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Anna Shafize. Beliau telah melakukan ubahsuai rumah berusia yang baru berpindah masuk kepada gaya moden yang cukup menarik.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian dengan lebih lanjut di bawah ini.
Hai, salam semua.
Pertama kali deko rumah simple saja, setakat mampu. Baru 7 bulan pindah rumah sendiri.
Saya nak minta pendapat kalian, saya teringin sangat nak tukar lantai SPC tapi buntu tak tau kod warna apa yang sesuai dengan rumah saya ini. Kalau ada contoh boleh tunjuk tak?
Gambar sebelum dan selepas.
Rumah ini usianya lagi tua dari pemilik rumah. Faktor rumah lama ini diminati adalah kerana keluasan pada bahagian dalamannya, tetapi banyak juga yang perlu dibaik pulih.
Keadaan bahagian ruang tamu selepas ubahsuai selesai dilakukan.
Bahagian ruang tamu tempat menonton tv.
Pandangan ruang makan dari bahagian ruang tamu.
Pandangan lebih dekat sudut ruang makan selepas diubahssuai.
Gambar sebelum dan selepas ruang dapur ketika proses ubahsuai dilakukan.
Ruang table top dapur sebelum diubahsuai.
Bahagian dapur setelah selesai diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk deco rumah lama yang baru dibeli. Semoga bermanfaat.