Setibanya bulan Ramadhan, sudah pasti mood untuk menyambut raya semakin membuak-buak. Kebanyakan pemilik rumah mula melakukan ubahsuai rumah bagi menghasilkan dekorasi raya.
Namun, pada kali ini ubahsuai yang dilakukan bukan pada rumah sendiri tau. Wanita ini yang bernama Julaiha Hanafiah telah melakukan ubahsuai rumah emaknya di kampung dengan dekorasi raya yang sangat simple dan menarik.
Jadi, jom kita lihat gambar sebelum dan selepas rumah ini ubahsuai.
Hasil sebelum dan selepas mendeco rumah mak di kampung.
Alhamdulilah, harap mak gembira raya tahun ini. Reward yang tak seberapa janji mak gembira. Baru semangat nak sambut raya.
Keadaan dalaman rumah sebelum diubahsuai.
Barangan yang tidak digunakan akan di alihkan bagi menjadikan ruang kelihatan lebih luas.
Keadaan bahagian almari dan rak hiasan sebelum diubahsuai.
Ruang tamu semasa permulaan ubahsuai dilakukan. Tikar getah itu akan dibuang dan dipasang lantai vinyl.
Keadaan ruang tamu rumah semasa dalam proses pemasangan lantai vinyl.
Setelah lantai dan langsir siap dipasang, rak dan bunga hiasan diletakkan sebagai penyeri.
Keadaan ruang tamu rumah ini setelah selesai didekorasikan dengan penambahan langsir, karpet dan pokok hiasan.
Konsep warna untuk dekorasi raya pada kali ini adalah warna putih. Penggunaan warna putih sangat sesuai untuk rumah kediaman jenis kampung seperti ini kerana ianya mampu membuatkan ruang lebih kelihatan luas.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.