Bulan Ramadan sudah semakin hampir untuk melabuhkan tirainya. Jadi, semua pemilik rumah mula berkira-kira untuk melakukan satu projek ubahsuai rumah supaya kelihatan ceria. Pemilik rumah ini memilih untuk melakukan ubahsuai rumah gaya wainscoting hari raya sempena menyambut bulan Syawal yang bakal tiba ini.
Begitu juga dengan pemilik rumah ini yang bernama Ameer Omar. Beliau dan keluarga tidak melepaskan peluang untuk melakukan renovasi rumah untuk menyambut bulan Syawal yang bakal tiba nanti.
Ingin mengetahui dengan lebih lanjut? Jom ikuti perkongsian ini.
Harini aku nak kongsi deco rumah yang Ibu idamkan.Semua DIY sebab nak upah orang terlalu mahal.ÂJadi kami di bantu oleh seluruh ahli keluarga termasuk ipar duai, Pakcik dan sepupu datang menolong sepanjang proses. Setiap gambar ada step-step diterangkan.
Projek ini dimulakan dengan melukis corak yang dikehendaki pada dinding dan tampal masking tape.
Kemudian cat seluruh dinding.
Keadaan dinding selepas. Cat dan masking tape ditanggalkan.