Penghasilan dekorasi rumah dengan cara DIY pada ketika ini sudah menjadi kelaziman oleh pemilik rumah. Kebiasaannya, ianya sering dilakukan oleh pemilik rumah yang suka mendekorasikan rumah mereka dengan konsep dan gaya tersendiri.
Jika ada minat, semua keinginan akan tertunai. Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Raven Kw. Beliau telah menghasilkan ubahsuai rumah lama berkonsepkan scandinavian.
Jadi, jom sama-sama kita lihat kesemua hasil ubahsuai yang dilakukan dengan lebih lanjut di bawah ini.
Sebelum dan selepas.
Kebanyakan barang dekorasi beli dekat Shopee, Mr.Diy, Kaison dan Taobao. Rak gambar, cawan, tanaman palsu dari IKEA.
Bilik office sebelum diubahsuai.
Proses ubahsuai mula dilakukan.
Bahagian ini setelah selesai diubahsuai. Meja, rak, bingkai gambar hitam, lampu meja, pegboard, patung kayu dan jam kayu dari IKEA.
Kerusi dan barang dekorasi lain beli dari Shopee, Mr.DIY dan Kaison.
Seterusnya pula adalah proses penghasilan dekorasi bilik tidur anak. Perabot-perabot dibeli dari IKEA.
Beliau bermula dari melukis bentuk rumah dan tampal “paniter’s tape” di luar bentuk rumah supaya ia lebih kemas selepas dicat. Kemudian, cat bahagian dinding berbentuk rumah.
Cat bahagian dinding tersebut membentuk “gunung” Nordic. Selepas cat kering, rak mainan digerudikan, perabot, buku-buku, dan mainan disusun.
Trek kereta mainan dihasilkan. Proses pemasangan ini dibantu oleh Atuk mereka dengan menggerudi rak gambar di dinding dengan menggunakan power drill dan dijadikan trek/slaid kereta mainan. Anak beliau sudah tidak sabar lagi untuk bermain di situ.
Kemudian tampal sticker jalan raya.
Setiap anak ada tempat bermain masing-masing.
Gambar barangan yang digunakan telah disertakan dengan link di bawah ini.
Picture ledge IKEA Mosslanda digunakan untuk rak buku dan trek kereta tadi.
Kerusi kanak-kanak IKEA Mammut.
Meja IKEA Smastad.
Rak mainan IKEA Trofast.
Rak dinding mainan.
Tempat main masak-masak.
Hasil akhir ubahsuai bilik anak.
Coffee bar sebelum diubahsuai.
Hasil ubahsuai Coffee Bar.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.