Tinggal di rumah lama bukanlah menjadi penghalang untuk tidak melakukan ubahsuai rumah lama tersebut. Dengan memberi nafas baru kepada kediaman kita, sedikit sebanyak dapat memberi keselesaan kepada diri sendiri dan keluarga
Sebagai pemilik rumah, sudah pasti mahu tinggal di dalam keadaan yang lebih selesa. Namun, tidak ramai pemilik rumah yang mampu untuk membeli rumah baru kerana ianya boleh dikatakan agak mahal. Jadi, ramai lebih memilih untuk membeli rumah usang, kemudian perlahan-lahan mengubahnya jadikan rumahku syurgaku.
Perkongsian pada kali ini adalah dari Nur Nazirah Abdullah. Beliau telah melakukan ubahsuai rumah lama yang usang dan lusuh tersebut dengan menggunakan shera plank dan wallpaper.
Jom ikuti perkongsian menarik mengenai deco rumah lama usang ini.
Sebelum dan selepas.
Ubahsuai rumah lama yang boleh dikatakan sangat usang dan lusuh guna gaya simple dan bajet sahaja.
Biar simple janji selesa.
Keadaan sebelum dan selepas kawasan luar rumah. Pada bahagian luar rumah, beliau menggunakan shera plank. Walaupun ianya hanya dilakukan dengan cara simple dan bajet, namun, ia tetap menampakkan perubahan yang drastik dan menarik selepas diubahsuai.
Keadaan ruang tamu rumah sebelum proses ubahsuai dilakukan.
Keadaan ruang tamu setelah deco ruang tamu dilakukan.
Keadaan ruang makan sebelum diubahsuai.
Ruang makan ini selepas di deco dengan cara simple.
Akhir sekali adalah keadaan dapur rumah ini sebelum diubahsuai.
Ruang dapur ini setelah wallpaper dipasang.
Wallpaper brick boleh dapatkan di sini : https://shope.ee/5zrT4a8dsH
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat memberi idea untuk mengubahsuai rumah dengan cara bajet. Semoga bermanfaat.