Membeli rumah lelong sebenarnya memang memerlukan pengubahsuaian yang cukup teliti. Dengan melakukan ubahsuai, ia dapat memberikan keselesaan kepada keluarga kita.
Rasanya masih ramai yang kurang arif dan keliru mengenai perbezaan rumah lelong dan rumah subsale ini. Definisi rumah lelong adalah rumah yang ditarik kerana pemilik rumah lama tidak dapat membayar ansuran rumah tersebut.
Okey kita sambung mengenai proses ubahsuai rumah ini. Proses ubahsuai dan dekorasi ini dilakukan team yang diberi nama Projek Makeover. Tanggungjawab tersebut telah dipikul sepenuhnya oleh mereka dengan berjaya menukarkan rumah lelong itu kepada konsep boutique hotel.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian mengenai ubahsuai rumah ini.
Makeover rumah ala Boutique Hotel.
Rumah biasa-biasa yang dibeli secara lelong di Kajang ini telah di makeover menjadi cantik ala boutique hotel!
Umpama langit dan bumi. Beza sangat. Konsep glam dengan skema warna putih memang cantik tak terkata.
Keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang tamu selepas diubahsuai dengan gaya baru.
Ruang menonton tv sebelum diubahsuai.
 Ruang menonton tv selepas diubahsuai.
 Ruang makan sebelum diubahsuai.
Ruang makan selepas diubahsuai.
Ruang dapur sebelum diubahsuai.
Ruang makan selepas diubahsuai.
 Keadaan bilik ketika dalam proses pengubahsuai dilakukan.
Keadaan bilik selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu semua pembaca dalam cuba untuk hasilkan dekorasi rumah kediaman masing-masing. Semoga bermanfaat.