Rumah pusaka merupakan rumah yang menyimpan seribu satu kenangan indah dan manis diwaktu kecil. Rumah pusaka kalau dibiarkan kekal sebegitu rupa, lama kelamaan akan menjadi reput dimakan anai-anai jika sudah lama tidak di duduki.
Untuk mengelakkan ianya terus dimakan anai-anai, apa kata kita cuba tukarkan rumah pusaka tinggalan orang tua itu kepada gaya baru supaya kembali kelihatan cantik.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh Azah Love. Beliau telah melakukan ubahsuai rumah pusaka tinggalan mak abahnya guna konsep Village Nature.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian ubahsuai yang menarik ini.
Sebelum selepas.
Tinggalan rumah pusaka mak abah bahagian dapur, dibuat pintu sisi.
Keadaan rumah pusaka dari sudut pandangan luar sebelum diubahsuai.
Keadaan lebih dekat rumah pusaka dari bahagian sudut pintu masuk.
Keadaan luar kawasan dapur rumah pusaka ini sebelum diubahsuai dengan gaya baru yang cantik dan simple.
Keadaan bahagian hadapan setelah diubahsuai dengan konsep kehijauan yang sangat cantik.
Keadaan luar rumah selepas diubahsuai.
 Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi idea dalam mencari inspirasi untuk melakukan ubahsuai rumah pusaka. Semoga bermanfaat.
 Â