Ubahsuai Rumah Secondhand Berusia 20 Tahun Berkonsepkan Simple Tapi Kemas

41,179 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah yang sudah berusia hampir 20 tahun dengan dinding terkopak sana-sini dan retak jangan disangka ianya tidak boleh diubahsuai dengan gaya baru.

Walaupun rumah tersebut lama, namun keadaan sekeliling dan dalamannya masih elok. Hal ini mungkin kontraktor terdahulu lebih mementingkan ketelitian semasa membangunkan sesebuah rumah supaya ianya kekal utuh seperti rumah ini.

Itu yang diceritakan oleh pemilik rumah ini yang bernama Nurleen Suboh. Setelah beliau membeli rumah secondhand ini, keadaan bahagian dalamannya masih elok dan tidak banyak yang perlu diperbaiki.

Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian menarik ini di bawah.

Ubahsuai Rumah Secondhand Berusia 20 Tahun Berkonsepkan Gaya Ringkas

Beli rumah secondhand sahaja yang berusia 20 tahun. Rumah jenis end lot.

Masa beli ruang tepi, penuh dengan pokok pisang yang besar-besar, banyak cacing dan lipan. Sampai ke laman depan. (Tak terfikir nak snap gambar sebab sibuk kemas berdua dengan suami).

Semuanya DIY dan idea kongsi dengan suami. Masih cari idea untuk ruang dapur dan ruang dobi untuk projek akan datang.

Inilah rupa dan keadaan rumah setelah dibeli olehnya.

Ubahsuai Rumah Secondhand

Keadaan bahagian hadapan rumahnya setelah diberikan nafas baru.

Ubahsuai Rumah Secondhand Berusia 20 Tahun Berkonsepkan Gaya Ringkas
Ubahsuai Rumah Secondhand

Bahagian halaman rumah semasa proses pembersihan semak samun dilakukan.

Ubahsuai Rumah Secondhand

Hasil bahagian tepi rumahnya setelah diubahsuai dengan meletakkan kerusi bangku dan batu-batu supaya ianya kelihatan lebih menarik. Ia sesuai untuk dijadikan ruang bersantai minum petang.

Ubahsuai Rumah Secondhand

Bahagian luar pagar juga akan diterapkan sedikit dekorasi supaya ianya kelihatan lebih menarik.

Ubahsuai Rumah Secondhand

Beliau memilih untuk menggunakan bata merah pada bahagian luar pagar rumahnya.

Ubahsuai Rumah Secondhand

Proses seterusnya pula adalah pemasangan rumput karpet.

Ubahsuai Rumah Secondhand

Inilah hasil ubahsuai bahagian halaman rumah setelah selesai dilakukan. Beliau menghasilkan taman untuk anaknya bermain.

Ubahsuai Rumah Secondhand

Wajah anaknya jelas kelihatan ceria setelah dihadiahkan taman mini untuknya.

Ubahsuai Rumah Secondhand

Gambar dari sudut tepi halaman rumah.

Ubahsuai Rumah Secondhand

Hasil penuh bahagian luar rumah setelah diubahsui.

Ubahsuai Rumah Secondhand

Seterusnya, kita masuk pada bahagian dalaman rumahnya pula. Ini adalah keadaan ruang tamu rumah sebelum diubahsuai.

Ubahsuai Rumah Secondhand

Keadaan ruang tamu setelah selesai diubahsuai.

Ubahsuai Rumah Secondhand

Pada bahagian dinding ruang makan, beliau lebih memilih untuk menghasilkan wainscoting supaya ianya kelihatan lebih menarik.

Ubahsuai Rumah Secondhand

Ruang makan setelah selesai dipasang wainscoting dan kemudiannya dicat pula dengan warna hitam.

Ubahsuai Rumah Secondhand

Sangat menarik perkongsian mengenai ubahsuai rumah secondhand berusia 20 tahun yang ditunjukkan oleh pemilik rumah ini.

Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca dalam mencari idea dalam menghasilkan dekorasi dan ubahsuai seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down