Rumah adalah satu tempat yang sangat penting bagi setiap orang tidak kira golongan bujang mahu pun golongan yang sudah berkahwin. Tanpa rumah, maka tiadalah tempat untuk kita berteduh.
Sekiranya mempunyai rumah sendiri, manfaatkanlah dengan cuba untuk deco jika ada bajet lebih. Itu semua adalah untuk keselesaan kita dan keluarga.
Ubahsuai tersebut telah dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Rezuan Muhammad Shariff. Beliau telah menghasilkan ubahsuai rumah subsale lama yang dibelinya itu konsep yang cukup menarik.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian ini dengan lebih lanjut di bawah ini.
Alhamdulillah.
Tahun lepas hanya tinggal di rumah sewa, tahun ini dapat juga merasai tinggal di rumah sendiri. Beli rumah subsale sahaja. Hasil titik peluh kami laki bini kumpul duit sikit-sikit nak bagi elok rumah.
Masih ada banyak lagi yang nak kena adjust dan tambah sikit-sikit. Walaupun kami tinggal bertiga sahaja tapi meriah itu lain macam.
Ruang tamu sebelum diubahsuai. Beliau memilih untuk renovate ruang tersebut dengan menukar sliding door kepada safety door pada pintu depan dan pintu dapur.
Keadaan ruang tamu rumah setelah diubahsuai. Ruang tamu ini adalah jenis memanjang. Beliau kekalkan cat putih mengikut warna asal. Lain-lain penambahan adalah perabot baru.
Pada bahagian ini, beliau hanya tambah lampu dan kipas.
Link Shopee:
Ruang kosong ini akan digantung kiswah kaabah.
Kiswah Kaabah ini juga beli di Shopee : https://shp.ee/yryyx8i.
Bahagian ruang makan selepas diubahsuai.
Bahagian ruang dapur selepas diubahsuai. Pada bahagian ini beliau akan lakukan renovasi dapur dengan konsep table top dan kitchen cabinet.
Ruang dapur setelah di deco.
Menarik kan ubahsuai yang dihasilkan? Itu sahaja perkongsian deco rumah pada kali ini. Semoga bermanfaat.