Ubahsuai Rumah Subsale Berkonsepkan Gaya Marvelous

1,858 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah yang dibeli secara secondhand sudah pasti banyak perkara yang perlu dilakukan bagi membuatkan ianya kelihatan cantik.

Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Azniza Ali. Beliau dan suami telah mengambil masa selama 3 tahun untuk hasilkan dekorasi dan ubahsuai sebegini rupa.

Jadi, tanpa berlengah lagi, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Ubahsuai Rumah Subsale Berkonsepkan Gaya Sederhana Tetapi Kemas

Teringin nak share dekat sini. Gambar semua sudut rumah sebelum dan selepas pengubahsuaian dalam tempoh 3 tahun. Beli rumah subsale.

Sikit-sikit tukar, tambah perabot dan barang rumah. Jadi beginilah hasilnya.

Pagar depan rumah sebelum di ubahsuai. Warna asalnya adalah hijau dan putih.

Gambar ini di ambil dari website Mudah.my kerana pemilik rumah lupa untuk ambil gambar.

Ubahsuai Rumah Subsale

Pagar depan rumah selepas di ubahsuai. Konsep warna yang digunakan adalah tema kelabu dan putih.

Ubahsuai Rumah Subsale

Bahagian halaman rumah sebelum di ubahsuai.

Ubahsuai Rumah Subsale

Bahagian halaman rumah selepas selesai di ubahsuai. Beliau siap pasang awning lagi tau. Terbaik.

Selain itu, pemilik rumah ini juga memasang tiles pada halaman rumahnya. Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk potong rumput. Kemudian, pasang tembok, sebelum ini pagar rumah ini biasa sahaja.

Apa yang paling menarik adalah jiran sebelah rumah ajak berkongsi pasang awning. Senang kalau hujan. Alhamdulillah.

Ubahsuai Rumah Subsale

Ruang tamu sebelum di ubahsuai. Asal ruang ini di cat dengan warna hijau.

Ubahsuai Rumah Subsale

Ruang tamu selepas di ubahsuai. Beliau menukarkan warna putih dan padankan dengan sofa serta langsir berwarna pastel. Lampu juga beliau tukar supaya kelihatan lebih moden.

Ubahsuai Rumah Subsale

Ruang makan sebelum di ubahsuai.

Ubahsuai Rumah Subsale

Ruang makan selepas di ubahsuai. Beliau menambah meja makan, cermin dan console table. Design lampu pun ditukar juga.

Ubahsuai Rumah Subsale

Ruang tamu tingkat atas sebelum di ubahsuai.

Ubahsuai Rumah Subsale

Ruang tamu tingkat atas selepas di ubahsuai. Tak banyak perubahan yang dilakukan. Jadi, beliau tambah perabot dan naikkan langsir rapat ke siling supaya nampak luas sikit.

Ubahsuai Rumah Subsale

Ruang dapur sebelum di ubahsuai. Asalnya pemilik lama hanya pasang langsir untuk kabinet bawah.

Ubahsuai Rumah Subsale
Ubahsuai Rumah Subsale

Keadaan dapur selepas diubahsuai. Beliau memasang pintu kabinet dan handle warna hitam pada bahagian bawah itu supaya kelihatan lebih kemas. Wallpaper juga dipasang supaya nampak lebih cerah.

Ubahsuai Rumah Subsale

Tempat letak rempah ratus. Senang nak capai bila nak masak.

Ubahsuai Rumah Subsale

Tingkap dapur sebelum diubahsuai.

Ubahsuai Rumah Subsale

Tingkap dapur selepas di ubahsuai. Penambahan langsir putih (shower curtain) dan pasang kabinet rak pinggan.

Ubahsuai Rumah Subsale

Bahagian pintu dapur sebelum di ubahsuai.

Ubahsuai Rumah Subsale

Bahagian pintu dapur selepas di ubahsuai jadikan tempat letak kitchen gadget.

Ubahsuai Rumah Subsale

Keadaan tangga sebelum diubahsuai. Warna asal adalah putih.

Ubahsuai Rumah Subsale

Keadaan tangga selepas di ubahsuai. Beliau mengecat semula mengikut warna kayu.

Ubahsuai Rumah Subsale

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada individu yang baru memiliki rumah secondhand untuk deco mengikut citarasa tersendiri.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down