Tidak semua orang sanggup menyewa bangunan jenis ship lot untuk dijadikan sebagai rumah idaman untuk keluarganya. Hal ini kerana, penghasilan rumah kediaman pada bangunan jenis ini memerlukan seratus peratus pengubahsuaian dan penambahan beberapa partition bagi mengasingkan bahagian bilik dan ruang tamu. Perkongsian pada kali ini adalah daripada Bada Zukhe. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai shop lot sewa yang dijadikan kediaman ala condo mewah.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian dekorasi kediaman yang sangat menarik ini.
Salam.
Nak kongsi ubahsuai shop lot (rumah kedai) tingkat 2 (sewa).
Bilik kita bina pakai partition sahaja. Buat 2 bilik, aircond (2 kuda) kita bagi 2.
Keadaan rumah semasa proses ubahsuai mula dilakukan.
Bagi penghasilan bahagian partition tersebut, beliau hanya mengupah tukang dengan membayar secara hari. Barang yang digunakan untuk penghasilan partition tersebut dibeli sendiri.
Anggaran kos yang dikeluarkan adalah dalam lingkungan RM3800 termasuk sekali dengan servis cat. Tetapi jika beli dengan harga borong, kos yang perlu dikeluarkan tidak termasuk mengecat adalah lebih kurang RM5400 berkeluasan 20 x 12 kaki.
Ini adalah semasa proses melakukan corak dan dekorasi pada dinding bilik anak mereka.
Sticker yang digunakan adalah Heavy Black Gaffer Duty Cloth.
Bilik tidur anak setelah selesai diubahsuai. Konsep yang digunakan adalah Super Hero.
Bilik tidur anak pada waktu malam.
Keadaan bilik utama setelah diubahsuai. Sangat cantik, langsung tidak nampak seperti shop lot. Terus kelihatan seperti rumah kondo.
Hiasan pada bahagian dinding bilik tidur utama.
Cermin stand digunakan bagi menampakkan lagi bilik tersebut kelihatan menarik.
Bahagian ruang solat dan ruang menonton tv didalam bilik utama setelah selesai diubahsuai.
Sangat cantik dan menarik dekorasi dan ubahsuai yang dilakukan oleh beliau. Tak nampak macam shop lot sewa pun malah seperti kondi mewah.
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.