Boleh dikatakan tidak ramai yang berani mengambil risiko untuk mengubahsuai bangunan jenis shop lot, kemudian dijadikan sebagai teratak syurga buat kluarga tercinta.
Kenapa ianya boleh dikatakan berisiko? Hal ini kerana, penghasilan kediaman pada bangunan jenis ini memerlukan satu pengubahsuaian secara keseluruhan dan penambahan beberapa partition bagi mengasingkan bahagian bilik dan ruang tamu. Ia sudah pasti bakal memakan kos yang boleh dikatakan agak tinggi.
Namun, ianya tetap juga dihasilkan oleh lelaki ini yang bernama Bada Zukhe. Disebabkan keazaman tersebut, beliau telah berjaya mengubahsuai rumah shop lot sewa itu dengan konsep ala condo yang cukup cantik dan kreatif.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian penghasilan kediaman menarik ini.
Salam.
Nak kongsi ubahsuai shop lot (rumah kedai) tingkat 2 (sewa). Bilik kita bina pakai partition sahaja. Buat 2 bilik, aircond (2 kuda) kita bagi 2.
Keadaan rumah semasa proses ubahsuai mula dilakukan.
Bagi penghasilan bahagian partition itu, beliau hanya mengupah tukang dengan membayar secara hari. Barang yang digunakan untuk penghasilan partition tersebut dibeli sendiri.
Anggaran kos yang dikeluarkan adalah dalam lingkungan RM3800 termasuk sekali dengan servis cat. Tetapi, jika beli dengan harga borong, kos yang perlu dikeluarkan tidak termasuk mengecat adalah lebih kurang RM5400 berkeluasan 20 x 12 kaki.
Proses penghasilan corak dan dekorasi dilakukan pada dinding bilik anak mereka.
Sticker yang digunakan adalah Heavy Black Gaffer Duty Cloth.
Bilik tidur anak setelah selesai diubahsuai berkonsepkan superhero.
Bilik tidur anak pada waktu malam.
Keadaan bilik utama setelah diubahsuai. Sangat cantik, langsung tidak nampak seperti bangunan shop lot. Terus kelihatan seperti rumah kondo.
Hiasan pada bahagian dinding bilik tidur utama.
Cermin stand digunakan bagi menampakkan lagi bilik tersebut kelihatan menarik.
Bahagian ruang solat dan ruang menonton tv di dalam bilik utama setelah selesai diubahsuai.
Sangat cantik dan menarik dekorasi dan ubahsuai yang dilakukan oleh beliau. Tak nampak macam rumah shop lot sewa pun, malah seperti kondo mewah.
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.