Kadang-kadang apabila kita melakukan sesuatu ubahsuai rumah ini, kebanyakkan kita semua fokus pada bahagian ruang tamu, dapur dan bilik tidur. Namun, ramai yang terlepas pandang akan ubahsuai bahagian tandas. Tandas juga salah satu tempat yang kerap kita guna hari-hari.
Tandas antara tempat yang wajib perlu selalu kemas, cantik dan bersih. Bagi anda yang ingin melakukan ubahsuai tandas dirumah anda, boleh mengikuti cara melalui perkongsian daripada Bonda Fiza Charms ini. Beliau telah ubahsuai tandas lama beliau kepada baharu.
Menurut beliau, ubahsuai tersebut telah dilakukan apabila beliau mendapat inspirasi daripada corak itali. Jadi, beliau telah mengambil keputusan untuk membuat ubahsuai tandas lama tersebut berkonsepkan "Italian Design Toilet". Jom kita tengok hasil ubahsuai tersebut.
Inspired dari corak Italian Design dan pemilihan semua aksesori warna bertemakan rose gold. Bonda rujuk google je. Renovate toilet selepas 26 tahun. Syukur alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.
Berikut merupaka gambar asal tandas ini sebelum proses ubahsuai dilakukan. Selepas hampir 26 tahun, baru tergerak hati ingin melakukan ubahsuai tandas lama ini.
Selepas mendapat inspirasi untuk melakukan ubahsuai tandas ini, akhirnya saya memilih konsep " Italian Design ". Sangat cantik dan simple sahaja dekorasi tandas ini.
Kebanyakkan aksesori yang saya pilih untuk melakukan ubahsuai ini adalah semuanya daripada Shopee. Dan juga gabungan warna Rose dan juga Gold ini sangat menonjolkan kecantikkan tandas ini.
Showering Tower ini kami beli daripada shopee. Terdapat banyak pilihan design dan warna yang sedia ada/
Tempat untuk menyimpan kain tuala kami sekeluarga.
Cantik tak paip ini yang berwarna gold? Hehehehe
Yang ni antara yang best saya guna iaitu Soap Dispenser. Senang sahaja cuma picit sahaja dah keluar sabun mengikut kemahuan anda.
Tempat untuk bersolek juga mestilah kemas. Perempuan mesti lama duduk pada bahagian cermin ini.
Sumber : Bonda Fiza Charms