Siapa sangka dahulunya hanyalah tempat letak baja sahaja, namun, kini sudah menjadi sebuah rumah kayu yang cantik dan tersergam indah. Itulah yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Erdy Tan. Beliau telah melakukan ubahsuai sebuah pondok buruk menjadi kediaman buatnya dan isteri tercinta.
Jadi, bagi melihat proses ubahsuai yang dilakukan, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Upgrade dari tempat letak baja menjadi rumahku syurgaku. Mula-mula nak buat design rumah batu, isteri tak nak.
Nak juga rumah kayu dalam kebun. Jadi, kita ikutkan sahaja, panggil la tukang untuk tengokkan. Selepas beli barang, tukang tak datang.
Ini adalah keadaan pondok sebelum diubahsuai. Disebabkan masalah tukang yang tidak munculkan diri tanpa sebab, beliau cuba memberanikan diri ubahsuai secara sendiri.
Kerja yang dilakukan untuk permulaan dalam mengubahsuai rumah adalah dengan menyapu syelek pada kayu. Kemudian, kayu dipotong mengikut jarak tiang ke tiang.
Selepas itu, bumbung juga ditukar kepada bumbung yang baru. Lalu perabung dipasang. Frame cermin pula dibuat di kedai aluminium, hanya perlu bagi ukuran cermin sahaja.
Gambar lebih dekat proses pemasangan dinding papan yang telah disapu dengan syelek.
Proses pemasangan dinding kayu sedang dilakukan.
Pemasangan hampir 50% siap.
Pintu utama juga disapu dengan syelek untuk membuatkannya tahan lebih lama.
Proses pemasangan dinding sudah selesai dilakukan.
Pintu utama juga sudah dipasang.
Pandangan dari sisi keadaan rumah yang telah dipasang dinding kayu yang beratapkan zink.
Keadaan rumah sebelum dipasang pintu.
Keadaan rumah hampir 80% siap. Nampak simple dan menarik.
Hasil apabila rumah hampir siap diubahsuai. Memang nampak cantik disamping kehijauan pokok-pokok tumbuhan disekeliling rumah.
Rupanya bukan mudah nak buat kerja-kerja pertukangan, setiap hari ada sahaja luka di tangan, jari, kaki dan pinggang. Rumah ini belum siap sepenuhnya lagi. Sebab hanya berkesempatan untuk buat pada hujung minggu sahaja.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua dalam cuba untuk ubahsuai rumah dengan cara tersendiri.
Semoga bermanfaat.