Isteri mana yang tidak terharu apabila permintaannya untuk memiliki rumah dengan dekorasi gaya berkonsepkan cermin wainscoting ditunaikan oleh suaminya.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Khairi Mukhtar. Berbekalkan sedikit pengalaman bertukang yang ada pada dirinya, beliau berjaya menjadikan rumah kediamannya yang kelihatan suram tersebut menjadi lebih ceria dengan konsep yang tersendiri.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut projek DIY yang dilakukan di bawah ini.
Seminggu nak siapkan, isteri terpengaruh dalam Facebook. Jenuh nak buka wallpaper dinding.
Semua guna kayu. Jangan mengidam benda lain sudah la, menggeletar tangan.
Keadaan ruang tamu rumah sebelum diubahsuai.
Dinding perlu dikosongkan terlebih dahulu. Kemudian barulah dicat.
Bahagian dinding bawah mula dicat.
Cat yang digunakan adalah jenama Jotun Essence Cover Plus.
Bahagian bawah yang telah selesai dicat putih itu ditutup sementara waktu.
Setelah pemasangan wainscoting bahagian bawah tadi kering, proses mengecat dinding atas dilakukan pula.
Pintu rumah sebelum dipasang wainscoting.
Gambar bahagian bawah dinding dan pintu setelah selesai dipasang wainscoting.
Langkah seterusnya pula adalah dengan melakukan pemasangan divider bagi mengasingkan bahagian ruang tamu dan bilik.
Kayu divider tersebut telah dipasang.
Kemudian, cat bahagian divider tersebut.
Inilah hasil dekorasi ruang tamu setelah selesai diubahsuai.
Sangat cantik bahagian ruang tamu ini setelah diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfat buat semua pembaca di luar sana.