5 Tips & Cara Jaga Kabinet Dapur Rumah Dengan Mudah & Simple

3,332 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Secara umumnya, ruang dapur ataupun lebih dikenali sebagai ruang memasak berfungsi sebagai tempat penyimpanan barangan keperluan harian kita seperti perkakas dapur, ruangan memasak dan lain-lain. Untuk menyimpan barang barang tersebut, sudah pasti dapur anda akan kelihatan lebih padat dengan pelbagai barang yang terdapat dalam ruang dapur anda. Perkongsian kali ini adalah mengenai 5 tips penting penjagaan kabinet dapur rumah mudah dan simple.

Justeru itu, bagi menghasilkan ruangan dapur idaman anda yang lebih kemas dan lebih sistematik, kabinet dapur memainkan peranan yang agak penting. Hal ini kerana, dengan adanya kabinet kita boleh menyimpan pelbagai perkakas dapur dan barangan memasak di dalam ruangan dan laci kabinet tersebut.

Namun buat anda yang sudahpun mempunyai kabinet dapur tetapi tidak tahu cara untuk menghiasi untuk menghiasi agar tidak kelihatan begitu bosan dan kosong tanpa barang-barangan memasak. Jangan risau, saya akan kongsikan beberapa tips dan cara jaga kabinet dapur agar kelihatan lebih cantik dan lebih berseri-seri. Tips ini telah dikongsikan oleh Puan Anis Syuhada. 

Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau

Tips Penting & Cara Jaga Kabinet Dapur Supaya Nampak Tip Top Sentiasa :

Anis ada terbaca post macam mana nak serikan dapur walaupun sudah buat kabinet cantik nampak tak ada seri?

Tips Dapur Segar :

1. Kena ada aksesori tambahan paling mudah dapat dekat IKEA. Ada contoh yang kita boleh ikut mengikut keperluan dan bajet.

kabinet dapur simple2. Minimakan susunan diatas table top contohnya botol kicap, botol sos dan botol minyak pastikan berada dalam pull rack atau kabinet. Jangan longgok semua atas table top.

kabinet dapur simple3. Fungsi kabinet ialah untuk simpan barang-barang diruang atas dan bawah. Maka rugi kalau anda tidak manfaatkan cabinet yang mencecah ribuan ringgit kalau anda tidak simpan dengan barangan dapur.

kabinet dapur simple4. Sebelum membeli balang untuk kunyit, garam dan gula, pastikan ada tema bersesuaian dengan warna cabinet. Jangan campur adukkan pelbagai balang nanti jadi caca marba.

kabinet dapur simple5. Wajib bersihkan selepas masak!

Walaupun kita rajin masak macam mana pun sebab penjagaan kebersihan amat penting untuk mengekalkan seri dapur kita agar kemas, bersih dan wangi.

Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi pada kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam menjaga dapur rumah anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down