Sekarang banyak kedai perabot yang tutup dan semestinya untuk kita yang ingin membeli apa-apa jua kabinet ataupun rak pastinya terjejas kan. Nak beli online pun namun barang yang besar ni risau takut rosak pula. Berderai air mata kalau kena macam tu. Jadi, apa kata diy sahaja senang waktu-waktu pkp ni.
Macam yang dilakukan oleh Bazilah Wahat ini iaitu melakukan DIY kabinet tv bajet. Walaupun bajet namun ia kelihatan sangat mahal dan cantik. Tanpa buang masa, jom kita tengok perkongsian yang dilakukan oleh beliau dalam membuat DIY kabinet tv ini.
PROJEK KABINET TVÂ
Jengah group deco, kabinet tv orang cantik2,kita pun teringin. Bila tanya harga menitis air mata. Kebanyakkan RM1200-RM2000. Hasilnya, beginilah projek DIY dengan pakwe. Kebetulan PKP tak boleh bekerja, Alhamdulillah dapat juga siap awal.Â
Ada barang yang boleh beli kat shopee. Selebihnya beli kat hardware. Untuk langkah-langkah dan barang korang rujuk kat gambar ok. Ni untuk ukuran 8X8 (kaki). Total anggaran kos keseluruhan dalam RM500. 4x ganda murah. Ok la, menitis peluh dari menitis air mata.
Cara Untuk Melakukan DIY Kabinet TV Bajet
1. Lukis/lakar ukuran atas kertas. Ikut imaginasi dan citarasa masing-masing.
2. Buat rangka. Untuk rangka kami guna 10 batang kayu ukuran 1x2x12 inci. Hardware. Kayu ni kami buat L shaoe untuk dapatkan ukuran 3inci. Pastikan rangka ni saiz dia kecil dari ukuran papan. RM84
3. Kemudian baru pasang papan. Untuk papan kami guna 2 papan 4x8 kaki (tebal 12mm). RM110
4. Sebelum pasang papan, pastikan korang dah rancang untuk wayar. Contoh kalau nak pasang lampu LED.
5. Atas papan baru pasang shiplap. Tak payah pakai paku, pakai gam je ok. Antara shiplap tu, kami jarakkan dua batang kayu aiskrim. 32 keping kayu shiplap ukuran 4kaki. Batang aiskrim beli kat ECO je.
Shiplap beli kat shopee - https://shope.ee/8UYxZS7EG1
6. Mengecat. 2liter cukup. Bagusnya DIY kabinet TV guna kayu ni, kita boleh tukar warna cat untuk akan datang. Haaa gittewww. Cat beli kat hardware. RM72.
7. Akhir sekali pasang la lampu. Beli kat shopee - https://shope.ee/LDFqVJAmW
Beli yang 10 meter, 5050 LED. Lekat pada rangka tadi. Sebab tu kata kecilkan rangka. Supaya boleh sorok lampu tu. Papan yang lebih jangan buang. Buat rak kat sebelah tu. Tapi rak tu memang sedia ada kat rumah ni. Jadi kami guna yang tu je la.
Gambar Sebelum & Selepas
Inilah dia gambar sebelum ada kabinet tv dan selepas adanya kabinet tv diy ini.
Sumber : Bazilah Wahat