DIY Pasang Rumput Karpet Kelihatan Premium Waktu PKP

31,144 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Waktu PKP ini banyak sektor pertukangan ini tidak dapat meneruskan kerja akibat ia merupakan bukan sesuatu yang essential. Jadi, apabila berlaku sebegini Shafiqa Rosly tidak dapat untuk mengupah seseorang untuk memasang rumput karpet dirumah beliau. Jadi, akhirnya beliau DIY sendiri pasang rumput karpet dengan keluarga tersayang dirumah.

Hasil DIY tersebut menyaksikan beliau menunjukkan beberapa gambar sebelum dan selepas proses memasang tersebut dijalankan. Proses juga ada diterangkan oleh beliau didalam gambar dikongsikan tersebut. Jadi, apa kata kuta tengok perkongsian daripada Shafiqa Rosly ini mengenai cara untuk DIY pasang rumput karpet ini agar nampak premium.

Nampak premium! Wanita Ini Terangkan Bagaimana Untuk DIY Pasang Rumput Karpet Dengan Betul

Bismillahirahmanirohimm.

PROJEK PKP PASANG RUMPUT KARPET

Disebabkan boring pastu ramai kontraktor tak boleh buat kerja waktu lockdown ni, kami decide buat sendiri dari mula sampai habis tapi awas kalau lemah semangat jangan buat gais. Beza banyak siap dapat rumput karpet kualiti. Tebal rumput ni. Sedap pijak. Baring pun sedap.

Survey contractor buat dalam 7-9k bergantung kedalaman pasir dan jenis rumput, macam rumah ni selalu banjir jadi kami sengaja tinggikan, pasir je guna 4 scoop.

Tapi puas hati dapat jimat byk duit hasil pun cantik sangat bagi kami yang newbie ni, Korang pun boleh buat sendiri tau . Bila laman dah elok ni selalu rasa nk lepak je luar tu bersenam , camping, bbq, buat aktiviti dgn anak2, hilang stress

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

Proses Melakukan DIY Pemasangan Rumput Karpet

DIY Pasang Rumput Karpet

Proses mengorek tanah sehingga lebam. Habis daun pandan belakang tu ditebang sekali sebab nak bagi rata.

DIY Pasang Rumput Karpet

Dah buang akar rumput, letak benda ni weedmat bagi rumput susah hidup la katanya sebab gelap sangat tak dapat cahaya matahari.

DIY Pasang Rumput Karpet

Dah setel letak weedmat, proses meletakkan pasir diteruskan pula.

Letih nak ratakan pasir, sekali guna terus batu bata letak atas weedmat. Lepastu ratakan pasir, settle terus.

DIY Pasang Rumput Karpet
DIY Pasang Rumput Karpet

Part ni tak berapa pandai rata kan guna cangkul, nampak tu kak ika ketuk guna cangkul nak bagi dia mendap, taknak nanti dah pasang rumput pijak jadi tak rata.

DIY Pasang Rumput Karpet

Pasir tak cukup?? Kita order lagi.

Ratakan pula guna penimbang air, sian tengok dia macam nak patah pinggang.

Last2 tak rata jugak, kitaorang sewa compactor, mesin ni bagi dia rata pasir.

DIY Pasang Rumput Karpet

Yeahhh dah rata pasir tersebut.

Time ni pasang, pasang senang cuma lambat sikit sebab yang buat keje 3 orang, suami, kak ika dan bibik. Paku bagi rata dekat kawasan cantuman tu.

Ni belum siap lagi haha nampak tepi tu , tapi letih dah rehat dulu.

Hasil akhir lepas pemasangan rumput karpet ini.

DIY Pasang Rumput Karpet

Mula la perangai dia yang nak bercamping. Kita orang memang suka buat bbq pastu panggil kekawan datang umah tapi sebab pkp ni da lama tak buat makan-makan.

Pemandangan waktu malam

DIY Pasang Rumput Karpet

Sumber : Shafiqa Rosly

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down