Siapa yang tidak mengenali dekorasi pada dinding rumah yang menggunakan kayu shiplap. Selain dari membuatkan keadaan dalaman rumah lebih menarik, ia juga mampu menjadikan rumah kediaman tersebut kelihatan moden dan mempunyai vibes classic.
Selain itu, penggunaan shiplap wall cukup digemari oleh kerana ianya mampu dihasilkan secara DIY tanpa mengeluarkan kos lebih untuk mengupah orang. Ia lebih menjimatkan bagi seseorang yang tidak mempunyai bajet besar bagi menghasilkan dekorasi dinding seperti ini.
Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Eis Ujang, beliau hanya perlu mengeluarkan bajet lebih kurang RM150 sahaja untuk projek penghasilan shiplap wall pada divider rumahnya itu.
Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.
Alhamdulillah, siap shiplap wall untuk rumahku syurgaku.
Jenuh juga untuk membuatnya, tetapi tetap teruskan juga dengan pertolongan isteri dan anak, semua dipermudahkan.
Saiz 3mm je guna Cat kapur je.
Bahagian dinding pemisah tersebut sewaktu kayu shiplap baru sahaja dipasang.
Dalam penghasilan projek DIY ini, anak dan isterinya banyak membantu menjayakan misi mencantikkan ruang tamu ini.
Tinggal sedikit sahaja lagi ruang yang belum siap dipasang kayu shiplap.
Kayu shiplap telah siap dipasang pada bahagian divider tersebut.
Langkah seterusnya pula adalah dengan mengecat kayu shiplap tersebut dengan cat kapur.
Hasil setelah selesai dicat.
Inilah hasil akhir ruang tamu rumah mereka setelah dicat dan kelengkapan dibawa masuk.
Sangat simple dan menarik projek pemasangan shiplap wall yang dihasilkan ini. Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua.