Sesiapa yang berhajat untuk melakukan makeover kecil-kecilan pada bahagian dapur rumah mereka namun nak gunakan 100% barang shopee boleh cuba lakukan cara Hanna Lee Simmons ini melakukan makeover ruangan dapur dirumah mak beliau.
Hanna Lee Simmons ini telah berkongsikan bagaimana beliau melakukan sebuah makeover ruangan dapur bertemakan warna hitam putih dengan hanya menggunakan barangan dibeli daripada shopee sahaja. Sebanyak 150 barang telah dibeli olehnya daripada shopee.
Jengan buruk sangka kerana barang shopee yang dibelinya telah pun mengubah sebuah ruangan dapur yang kelihatan muram kini nampak lebih cantik berbanding yang dahulunya.
Hasil shoping kat shopee 7/7 haritu saya makeover dapur rumah kg mak saya. Jenuh abg posmen nak hantar 150 barang. Pinggan mangkuk, bekas, pisau, besin, apa-apa yang warna selain hitam putih semua saya tak pakai kemas2 sedekah kat org susah.
Benda elok lagi saya nak buang. Saya masukkan barang yang warna hitam putih jer. Benda kecik-kecik pun saya beli baru sebab nak samakan dengan tema untuk nampak lagi kemas teratur dan cantik. Ok tak korang?
Keadaan Dapur Sebelum Makeover Ruangan Dapur Ini Dilakukan
Beginilah dia keadaan dapur asal rumah kampung mak kepada Hanna ini. Keadaan tak nampak teruk mana pun cuma ada beberapa tempat tu tidak disusun dengan baik. Kalau disusun dengan kemas pasti nampak cantik walaupun tidak melakukan makeover.
Menurut Hanna ini, beliau ingin mengubah rupa dapur ini kepada ruangan dapur cantik yang bertemakan warna "Black White". Jadi, untuk merealisasikan impian tersebut, Hanna telah membeli sebanyak 150 order didalam shopee. Sebab apa 150 barang? Sebab shopee sale punya pasal.
Hasil Akhir Projek Makeover Ruangan Dapur Yang Dilakukan Ini
Tadaaaa! Inilah dia hasil akhir makeover yang dilakukan oleh Hanna ini. Setelah menunggu 150 barang shopee untuk shopee, siap juga akhirnya makeover yang dilakukan.
Tak kisah pun barang sampai lambat atau cepat yang penting makeover dapur ini dapat berjalan dengan lancar dan yang penting impian makeover dapur tema hitam putih ini tercapai.
Antara barangan shopee yang digunakan :-
Pintu ini merupakan pintu yang ingin ker bahagian belakang rumah.
Disebabkan tiada ruang yang lebih maka terjadinya ruangan laundry disitu. Manfaatkan ruang yang ada.
Ini pula merupakan bahagian ruang untuk makan bersama family.
Nampak romantik tak dengan adanya lilin sebegitu. Hehehe.
Kredit : Hanna Lee Simmons