Ruang makan merupakan salah satu ruang berkumpul yang selalu digunakan oleh seisi keluarga makan malam dan sebagainya. Kadangkala, ramai pemilik rumah terlepas pandang untuk melakukan ubahsuai pada ruang makan ini kerana ianya hanya digunakan pada waktu makan sahaja.
Namun, tidak bagi pemilik rumah ini yang bernama Ady ZM. Walaupun masih bujang dan belum berkahwin, beliau sangat mementingkan dekorasi pada bahagian rumahnya termasuk ruang makan.
Jadi, untuk melihat proses dan hasil ubahsuai yang dilakukan, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Projek DIY panel dinding. Modal sikit sahaja. Nak tempah macam ni makan ribu jugak modal.
Bahagian dinding ruang makan semasa proses pemasangan kayu MDF dilakukan.
Konsep dekorasi dinding yang dihasilkan adalah jenis petak-petak.
Selepas pemasangan selesai dilakukan, ianya dicat dengan warna yang di inginkan.
Inilah hasil bahagian ruang makan setelah selesai diubahsuai dan dideco dengan konsep dinding berpanel.
Pada bahagian penjuru dinding diletakkan lampu hiasan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberikan idea dan inspirasi untuk ubahsuai ruang makan. Semoga bermanfaat.