Proses Naik Taraf Tandas Tanpa Memecahkan Keseluruhan Tandas

499 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apabila bercakap mengenai naik taraf tandas ni ramai yang menganggap bahawa tandas tersebut akan dilakukan proses tebuk dinding, tukar paip wiring dan sebagainya. Namun, tidak semua proses naik taraf dilakukan sebegitu.

Ada jer naik taraf yang tidak memerlukan pertukaran besar-besaran macam yang dikongsikan oleh Fatin Rock Stars ini. Beliau kongsikan bagaimana tandas dirumah beliau yang muram ini menjadi cantik dan ceria tanpa memerlukan pecahkan jubin ataupun dinding.

Jom kita lihat bagaimana proses ini dilakukan dan perubahan antara tandas lama dan juga tandas baharu.

Proses Naik Taraf Tandas Tanpa Perlu Memecahkan Keseluruhan Dalaman Tandas

Upgrade toilet next level. Kerja kerja menukar toilet bowl lame ke toilet modern. Juga di ikuti kerja mengecat epoxy toilet warna putih dan lantai bercorak black diomand.

Tak perlu nk pecah tile lme dan dapat jimatkan kos hanya menggunakan epoxy lebih jimat dan berkualiti.

Proses-Proses Dalam Melakukan Naik Taraf Tandas Ini

Keadaan sebelum tandas ini dilakukan sedikit naik taraf.

Naik Taraf Tandas

Buangkan terlebih dahulu barangan-barangan yang ada didalam tandas ni.

Pertama sekali adalah dengan catkan bahagian dinding menggunakan cat sealer sebelum letak cat sebenar iaitu cat epoxy.

Naik Taraf Tandas

Dah kering cat sealer, baru apply cat epoxy. Pastikan cat sealer betul-betul kering terlebih dahulu.

Settle cat epoxy pada bahagian lantai ini.

Naik Taraf Tandas

Seterusnya beralih pula kepada nak buat bentuk diamond pada lantai ni.

Ambilkan masking tape dan buatkan bentuk diamond sebegini.

Naik Taraf Tandas

Dah settle semua bentuk diamond macam ni bolehlah catkannya warna hitam sebegini. Lakukan proses tersebut sehingga selesai.

Dah siap cat dan pastikan ianya betul-betul kering dahulu baru boleh guna tandas ni.

Naik Taraf Tandas

Hasil Naik Taraf Tandas Yang Dilakukan Ini

Alhamdulillah, inilaa dia hasil naik taraf tandas yang dilakukan ini. Mungkin nampak simple namun proses nak buat juga makan masa terutamanya bahagian nak tunggu cat kering.

Dari tandas biasa kelihatan muram kini menjadi tandas yang kelihatan ceria dengan bentuk diamond yang cantik.

Naik Taraf Tandas
Naik Taraf Tandas

Kredit : Fateh Rock Stars

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down