DIY Semburan Anai-Anai Yang Mampu Menghapuskan Anai-Anai

1,450 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sesiapa yang ada masalah mempunyai sarang anai-anai dirumah kayu terutamanya rumah kampung sudah masanya untuk anda lakukan sesuatu untuk anai-anai yang ada dirumah tersebut. Jika dibiarkan begitu kemungkinan kerosakkan pada rumah kayu akan jadi lebih teruk lagi.

Cucu Atok D'Pallet yang pakar dalam membuat kerja-kerja kayu ini kongsikan bagaimana untuk melakukan DIY semburan anai-anai dengan mudah dan senang hanya menggunakan 2 bahan sahaja. 2 bahan tersebut adalah garam dan juga minyak tanah.

Bagaimana untuk melakukan semburan anai-anai ini? Jom kita lihat perkongsian daripada Cucu Atok D'Pallet ini untuk membuat diy semburan anai-anai ini.

DIY Semburan Anai-Anai Mampu Menghapuskan Serangan Anai-Anai Yang Ada Di Rumah

Alhamdulillah. Dari perkongsian sahabat-sahabat kita. Akhirnya berjaya menjalankan operasi pembasmian anai-anai. Semoga mereka-mereka semua telah berpindah dan tidak kembali lagi seperti masalah yang diberikan sahabat kita sebelum

Bahan-Bahan Untuk Lakukan DIY Semburan Anai-Anai Ini

  • Minyak Tanah 2 KG
  • Garam Kasar 2 KG
DIY Semburan Anai-Anai

Cara Untuk Membuat Semburan Anai-Anai Ini

Pertama sekali, campurkan garam dan juga minyak tanah kedalam bekas (saya guna tin thiner). Biarkan campuran tersebut semalaman dan keesokannya mulakan operasi.

Kesokkan harinya semburkan campuran tersebut pada sarang anai-anai tersebut.

Hasilnya memang menjadi! Bersidai semua anai-anai yang kena tu. Bulan depan kita tengok dia mai lagi tak. Moga berguna untuk semua.

DIY Semburan Anai-Anai

Info tambahan Untuk Semburan Anai-Anai Ini

  1. Sekurang-kurangnya sembur 3 kali. Buat seminggu sekali selama 3 minggu dan luaskan kawasan semburan.
  2. Simbah dekat anak-anai dan lebihkan dekat sarang.
  3. Guna botol dan tebuk penutupnya, kemudian taburkan lebihan garam tersebut untuk elak anai-anak ‘meratah’ kayu di rumah.
  4. Untuk kawasan atas tanah mungkin kena lebih kerap, maksimum 3 kali baru menjadi.
  5. Kalau sapu sebaiknya guna minyak hitam.

Sumber : Cucu Atok D'Pallet

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down