Ramai dah komplain bahawa papan seterika zaman sekarang ini semakin besar dan tinggi sehingga ia memakan ruang yang tak sepatutnya. Jika anda berada dirumah saiz yang besar mungkin tiada masalah namun untuk mereka berada dirumah dengan keluasan kecil ni pastinya akan memikirkan cara untuk elakkan daripada ianya memakan ruang yang banyak.
Solusinya adalah dengan melakukan sebuah projek DIY papan seterika yang boleh dilipat agar ianya dapat menjimatkan ruang. Kalau tak tahu bagaimanakah cara untuk membuatnya boleh ikuti perkongsian daripada Husin Fisabilillah ini. Beliau menunjukkan cara untuk membuat diy papan seterika yang boleh dilipat untuk lekatkan pada dinding.
Jom kita tengok apa bahan yang diperlukan dan bagaimana DIY ini boleh dilakukan dirumah.
Biasa2 sahaja. Yang penting isteri suka Yang kata papan nie akan lama-lama melendut, jangan risau sebab kita iron baju je. Tak berat kot. Kalau patah kita beli papan baru atau akan buat kaki bawah tu. Barang dari kedai Diy je harga 16.50 je sepasang. Tapak meja seterika yang lama kita bukak dan guna untuk barang lain pulak.
Selamat mencuba jika bermanfaat untuk korang yer
Bahan-Bahan Yang Digunakan Untuk Projek DIY Ini
Proses Dalam Melakukan DIY Papan Seterika Boleh Lipat Ini
Yang L bracket wall ni beli kat kedai Mr DIY. Dapat 2 pasang macam ni.
Cabut dahulu kaki pada papa seterika ni.
Kaki seterika yang dicabut. Simpan dahulu takut nak guna pula nanti lepas siap semua projek ni.
Masa ni proses memasang L shape bracket pada penghujung seterika. Dah siap semua ni masa untuk lekatkan pada dinding.
Cari tempat yang sesuai untuk letakkan papan seterika ini. Dah jumpa bolehlah lekatkan menggunakan skru. Kalau perlu gerudi boleh saja.
Hasil akhirnya akan kelihatan sebegini. Nampak macam tak stabilkan? Tapi sebenarnya boleh jer kalau nak menggosok baju biasa.
Pandangan daripada bawah seterika ini. Alhamdulillah kukuh sangat-sangat.
Pandangan daripada atas seterika ini. Abaikan keadaan yang terkoyak tu. Nanti nak tukarkan cover yang lebih cantik.
Apabila dah siap semua menggosok pakaian, boleh lipat jadi macam ni. Jimat ruang dirumah daripada ia makan ruang lain.
Kredit : Husin Fisabilillah