Tahukah anda bahawa rekabentuk pintu juga sebenarnya boleh memberikan impak dalam dekorasi ruang dalaman rumah anda. Kebanyakan pintu di rumah anda mungkin kelihatan kosong dan kurang berseri-seri, terutamanya jika ia sudah agak lama usianya.
Mungkin sekarang telah tiba masanya untuk anda tukar bilik pintu biasa menjadi pintu eksklusif. Anda memerlukan sesuatu kreativiti yang baharu untuk membuatnya. Lagipun, kalau pintu dah cantik, tak payah bubuh langsir pun dah cun. Lagi simple dan elegan.
Menurut daripada facebook saudara Shaifuddin Shaffie ini, beliau telah berkongsikan cara untuk melakukan transformasi pintu bilik biasa menjadi pintu bilik ekslusif dengan hanya rm100. Jom kita tengok cara DIY beliau dan hasil yang beliau buat.
Pintu nak cantik tapi bajet ciput. Kita boleh DIY sendiri untuk buat pintu panel yang mudah dengan modal lebih kurang RM100 sahaja termasuk cat sekali. Bahan-bahan yang diperlukan dan cara DIY saya sertakan di bawah ni.
*Harga kayu dan gam kayu saya beli dekat Shopee RM60++
Mudah, simple dan senang kan?
Gambar pintu bilik SEBELUM DIY.
Gambar pintu bilik SELEPAS DIY.
Inilah hasilnya. Bagaimana anda tengok? Rasa-rasa nampak macam pintu eksklusif kan? Anda semua boleh DIY jer apabila anda ada masa lapang. Ia juga jimat dan cermat.
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco ini. Semoga anda mendapat inspirasi dan juga idea untuk DIY pintu rumah anda. Semoga berjaya semua.
Sumber : Shaifuddin Shaffie