Tips Dan Cara Mudah Menghalau Lipas Dalam Rumah

1,190 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Lipas adalah sejenis serangga kotor yang suka bersarang di tempat-tempat yang jarang kita gunakan. Selalunya, lipas suka menyorok di tempat gelap seperti dalam kabinet dapur, bilik stor dan almari lama.

Memang agak geli apabila tengok lipas berkeliaran dalam rumah. Lagi-lagi kalau di bahagian dapur. Lipas akan aktif apabila waktu sunyi seperti waktu tengah malam. Jadi, kali ini Giler Deco mahu berkongsi tips dan cara mudah untuk menghalau lipas di rumah.

Tips Dan Cara Mudah Menghalau Lipas Dalam Rumah

Kebiasaannya apabila tengok lipas merayap atau berterbangan dalam rumah, kita akan ambil penyapu atau selipar untuk pukul dan membunuh lipas tersebut. Tetapi, cara itu memang tidak disarankan oleh kerana mempunyai banyak keburukannya.

Kajian menunjukkan bahawa dalam perut lipas memiliki cacing yang halus dan lembut. Cacing ini boleh hidup di luar perut lipas. Jadi, kalau kita pukul lipas itu. Berkemungkinan tinggi cacing dalam perut lipas itu akan terkeluar dan merayap mencari tempat yang baru.

Cacing halus ini sukar dilihat dengan mata kasar kerana saiznya yang kecil. Namun, ia boleh memasuki tubuh kita melalui pori-pori kaki ataupun tempat kesan luka pada kaki. Jadi, bagi menghalau lipas ini tanpa perlu memukulnya, boleh lihat di bawah ini.

1. Ambil sebiji lemon dan hiris nipis. Letakkan di tempat yang kerap dikunjungi lipas terutamanya di tempat-tempat gelap seperti dalam kabinet dapur. Cara ini bukan sahaja dapat menghalau lipas tetapi ruang dalam kabinet anda juga akan berbau segar.

Tips Dan Cara Mudah Menghalau Lipas Dalam Rumah

2. Setiap kali anda potong timun, jangan buang pangkal dan hujung timun tersebut. Letakkan di tempat yang banyak lipas. Memang cara ini berkesan untuk menghalau lipas.

Tips Dan Cara Mudah Menghalau Lipas Dalam Rumah

3. Anda juga boleh mengambil beberapa helai daun pandan, hiris nipis-nipis dan taburkan di dalam laci atau kabinet. Lipas tidak suka pada bau daun pandan.

Tips Dan Cara Mudah Menghalau Lipas Dalam Rumah

4. Selain hirisan daun pandan, anda boleh juga gunakan biji buah pelaga atau kulit kayu manis. Memang lipas jenis yang tidak suka pada bauan sebegitu dan ia tidak akan membiak di situ.

Tips Dan Cara Mudah Menghalau Lipas Dalam Rumah

Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam menghalau lipas dirumah.

Kredit: Mai Kitchen Kabinet Dapur

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down