Lelaki Ini DIY "Table Bar" Bajet Dibawah RM150 Untuk Isteri

51,564 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap isteri pasti menginginkan ruang dapur yang luas dan selesa kan? Ruang dapur yang luas dan selesa menjadi impian sesiapa sahaja khususnya buat si isteri. Yerla, dapur bukan sahaja tempat sekadar untuk memasak malah ia juga merupakan tempat untuk bersantai-santai.

Seorang isteri dipanggil maktam menginginkan dapur yang popular ala-ala hotel iaitu dapur "Table Bar". Sebab itu, dekorasi tersebut untuk dapur ini penting kerana ia akan menjadi penyeri dapur dan boleh juga digunakan sebagai meja sarapan pagi tanpa perlu menggunakan meja makan utama.

Tanpa membuang masa, suami ini terus membuat "table bar" ala-ala hotel ini secara DIY dan yang menariknya, ia menelan kos tak sampai RM 150.00! Hasil tersebut memang nice dan simple sahaja. Perkongsian DIY ini juga telah dikongsikan dilaman sesawang Facebook.

Isteri Inginkan Dapur "Table Bar" Macam Kat Hotel, Lelaki Ini DIY Bajet Tak Sampai Pun RM150 !!

Sebenarnya maktam dah lama teringin nak buat bar table ni kat rumah singgah maktam ni.. duk riki hat ikea ok gak.. tapi ikea jauh lepastu maktam takde transport pula nak bawak top dia hat beso2 tu..kik

So maktam buat la sendiri..berbekalkan imaginasi maktam dan paktam realisasikan..Biasalah isteri sentiasa jadi mandor.

BAHAN YANG DIPERLUKAN

1. Papan playwood 12mm 2×4 = 17.50

2. 2 batang kayu inci 2×1 panjang 6 kaki= 5.00

3. 5 shelves compactment = 59.90 tesco

4. Kaki sofa = 2.50/ beli 4 = 10.00

5. Wallpaper marble jenis pvc = 6.60 semeter

6. Sesiku L = 2.00

7. Cat kayu =36 .00

Total yang dibelanjakan untuk membuat semua ini adalah RM137 sahaja.

PROSES MENGHASILKAN "TABLE BAR"

HASILNYA

Table Bar
Table Bar
Table Bar

Siap hasilnya !!!! Yang tinggal untuk completekan dapur ini adalah dengan membeli stool atau pun kerusi yang tinggi tu dalam 2 atau 3 barang. Maka rumah anda akan mempunyai "table bar" ala-ala hotel begitu.

Itu sahaja perkongian daripada Giler Deco untuk kali ini. Harap anda semua mendapa inspirasi untuk membuat projek ini dirumah anda.

Sumber : Atam Ayue

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2025 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down