Bawa Guni ECO Demi Membuat Dekorasi Di Belakang Rumah

14,634 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Korang suka kan membeli belah barang-barang dekorasi di kedai ECO? Korang pergi tu pernah tak sampai balik daripada kedai tu, satu guni dibawa balik? Tak pernah kan? Namun, seorang pengguna tiktok bernama @timsupermuhajir ini membeli belah barang sampai bawa balik satu guni untuk membuat dekorasi dibelakang rumahnya.

Ramai yang pandang pelik terhadap kelakuan tersebut namun beliau tidak peduli. Beliau tidak malu berbuat demikian kerana guni tersebut penuh dengan barang-barang dekorasi yang beliau berhasrat untuk menghias laman belakang rumahnya dengan hasil beliau sendiri.

Menurutnya, beliau mahu mengubah laman belakang beliau untuk menjadikan ruang yang lebih ekosistem dan privasi. Walaupun kerja yang banyak perlu dilakukan, namun hasil beliau tetap berbaloi. Jom kita tengok sedikit info tentang laman belakang dirumah beliau.

Remaja Shopping Kedai ECO Bawa Guni Demi Membuat Dekorasi Di Belakang Rumah

Lain macam! Keluar Mall bawak guni besar!😂

Pagar baru❤️Hasil bawak guni dalam Mall!

KEUAR SHOPPING BAWA GUNI

Remaja ini gigih membawa masuk guni masuk kedalam kedai untuk membeli barang-barang yang diinginkan. Memang mencuit hati.

Beliau juga sanggup ke beberapa kedai ECO yang berbeza-beza untuk mendapatkan barang yang dimahukan. Beliau membeli hampir 100 keping daun tiruan daripada cawangan kedai ECO yang berbeza.

MELAKUKAN DEKORASI DI BELAKANG RUMAH

Berikut merupakan video "timelapse" bahan yang digunakan dan proses bagaimana beliau melakukan dekorasi dibelakang rumah tersebut.

Hasil beliau sangat berbaloi kerana hasil tersebut telah membuat para netizen terkejut apabila melihat hasil dekorasinya. Dekorasi tersebut bukan sahaja cantik dan gorgeous malah ia sangat jimat berbekalkan daripada barang ECO.

dekorasi

Hasil tersebut telah dikongsikan di dalam aplikasi Tiktok dimana setakat ini telah Like untuk video ini hampir mencecah 94.9k manakala bagi view pula telah mencecah 1 juta. Woww!! Memang sangat awesome dekorasi daripada pemuda ini.

Sumber : @timsupermuhajir

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down