Pemasangan dinding batten dan dinding shiplap merupakan satu cara kreatif yang dapat menjadikan rumah kelihatan lebih menarik dengan bajet sederhana.
Hal ini kerana, kayu MDF sangat mudah untuk di dapati, kalau tak mahu membeli secara terus di kedai, boleh terus beli di kedai online sahaja.
Perkongsian kali ini adalah dari Fara Amirullah. Beliau berkongsi projek mencantikkan bahagian dalaman rumah dengan menggunakan batten wall dan shiplap wall sahaja.
Jika ingin melihat keadaan sebelum dan selepas, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Siap pemasangan full hall batten wall dan shiplap wall.
Batten Wall - Ocean Air (Jotun)
Shiplap - Alice Blue (Jotun)
Pemasangan batten wall dilakukan.
Batten wall selesai dipasang.
Dinding accent juga selesai dipasang.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana.