Ramai yang menggunakan seterika wap kerana mempunyai fungsi yang sesuai dan mesra pengguna. Walau bagaimanapun, tahukah anda dinding tangki untuk mengisi air pada seterika berwap itu akan menjadi berlumut jika lama tidak dibersihkan.
Satu perkongsian daripada halaman facebook Repair Iron Bangi berkongsi cara bersihkan kotoran dan lumut pada tangki seterika berwap.
Mula-mula, tanggalkan tank drop daripada tapak tangki tersebut supaya kerja kita lebih mudah dilakukan kerana dibawah itu mempunyai litar elektrik untuk mengelakkan daripada terkena air ketika proses mencuci ini dijalankan.
Seterusnya tutup saluran air yang terletak di bawah tapak tangki itu supaya ketika proses mencuci nanti air pencuci tidak akan keluar.
Kemudian masukkan pencuci tangki sebanyak 2 liter ke dalam tangki seterika itu.
Dan biarkan selama 1 jam.
Seterusnya, selepas keluarkan air pencuci tangki tadi daripada tangki seterika ke dalam bekas kosong.Buang air itu sehingga habis.
Langkah seterusnya, bilas tangki tersebut dengan air panas supaya baki kotoran di dalam tangki tersebut dikeluarkan sepenuhnya sehingga bersih. Akhir sekali pasang kembali tapak tangki tersebut dan boleh menggunakannya.
Kesimpulannya, seterika wap ini banyak fungsi serta kelebihannya yang dapat memudahkan urusan, menjimatkan masa serta mempunyai mod penjimatan elektrik. Proses mencuci ini boleh dilakukan sekiranya di dalam tangki itu mempunyai kotoran dan lumut.
Oleh itu jika ada kesempatan masa sila pantau keadaan tangki seterika wap itu samada bersih atau tidak di rumah anda supaya kelihatan bersih dan enak diapandang. Selamat mencuba!
Sumber: Baiki Iron Bangi