Kalau nak tempah wardrobe harganya boleh tahan juga dan hasilnya belum tentu lagi memuaskan hati kita. Jika mengupah tukang untuk hasilkan di rumah, andai kata tersalah pilih tukang, sudah pasti terpaksa dibayar dengan harga yang agak mahal dan akan mengakibatkan bajet yang kita ada sedikit lari.
Namun, sekiranya mahu berjimat cermat mengikut bajet yang ada, ianya boleh sahaja dilakukan sendiri secara DIY. Perkara tersebut dibuktikan oleh lelaki ini yang bernama Izuan Bin Che Ibrahim.
Demi menghadiahkan isterinya sebuah wardrobe, beliau telah bertungkus lumus menghasilkannya seorang diri berbekalkan kudrat yang ada.
Jadi, bagi melihat proses yang dilakukan dengan hasil yang cukup kreatif, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Kanda nak beli almari baju untuk dinda tak mampu. Tapi kanda mampu buat. Sekian terima kasih.
Ruang yang akan dijadikan wardrobe khas buat isteri tercinta.
Kerangka mula di pasang pada bahagian dinding.
Bagi pemasangan kerangka pintu pada bahagian atas itu, ianya tidak perlu diskru pada bahagian siling. Tempat yang perlu dipasang skru adalah pada kiri, kanan dan bawah supaya lebih kukuh dan kuat. Boleh letak kayu banyak kalau nak lagi kuat.
Selepas itu, pasang plywood pada kerangka kayu tersebut.
Kemudian, pemasangan kayu shiplap dilakukan.
Sebelum dicat dengan warna pilihan, langkah yang perlu dilakukan adalah dengan menyapu coating terlebih dahulu. Ia berfungsi menjadikan cat lebih kelihatan berkilat dan nampak mahal.
Setelah proses mengecat selesai dilakukan, proses membuat pintu barn door dilakukan.
Barn door kemudiannya dipasang.
Beginilah hasilnya setelah ruang wardrobe ini selesai dihasilkan. Cukup cantik dan menarik.
Bahagian dalaman wardrobe ini.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi idea kepada semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan projek DIY seperti ini.
Selamat mencuba.