Cara Untuk Baiki Kipas Siling Slow Kembali Laju Macam Baru

19,751 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Musim-musim panas ni sudah semestinya kita memerlukan sebuah kipas yang boleh mengurangkan haba dirumahkan? Namun, tiap kali bila on kipas siling kat rumah memang sangat slow gilerr dan tak laju. Nak kata sudah lama guna baru jer beli tak sampai setahun.

Jadi apakah puncanya? Kalau dah tahu punca bagaimanakah cara untuk baiki kipas siling ini agar kembali laju macam mula-mula beli? Jadi, jom lihat cara untuk baiki kipas siling ini yang diajarkan oleh Azfar Ahmad ini. Beliau menunjukkan cara untuk membaikinya dengan memerlukan beberapa bahan sahaja didalam posting twitter beliau.

Cara Untuk Baiki Kipas Siling Yang Slow Kembali Menjadi Laju Seperti Kipas Baharu

Kipas siling slow? Baru pakai 5 tahun, tak kan nak kena tukar kipas baru. Kipas dulu elok je 10 tahun guna takde masalah. Nak tak aku ajar cara repair sendiri ? kos rm5 je, dr beli kipas baru kena rm400.

Baiki Kipas Siling

Kipas slow sebab kapasitor

Kipas ni kalau slow kebiasaanya disebabkan capacitor. Ni antara capacitor yg selalu digunakan. Apa beza dua ni? Biasanya capacitor belah kanan ni untuk kipas yang pakai remote control, yang kiri pulak jenis kipas lama yg suis speed control melekat kat dinding.

Capacitor ni senang je korang nak beli, harga sebijik biasanya tak lebih rm5. Capacitor ni banyak jenis, korang nak senang pi beli kat hardware bagitau je model dan brand kipas. Lagi mudah korang ambk gambar kipas tu tunjuk ke tokey. Nak cari kat shoppe pon ada, tapi kena pandai cari.

Kenapa kena pandai cari?

Capacitor ni banyak jenis, kang salah beli tak jalan pulak kipas tu. Nak beli capacitor ni kena tau dua benda, uF ( micro farad ) dan v ( voltage ). Jadi korang kena tau berapa nilai uF dan v capacitor kipas korang, dan cari value yang sama.

Dah beli capacitor, macam mana pulak nak tukar?

Kalau kipas aku capacitor dia melekat kat board. So korang kena solder je part mana yang nak tukar.

Baiki Kipas Siling

Macam aku kata awal tadi, kipas jenis lama selalunya pakai capacitor jenis ni. So kalau jenis ni nak mudah korang beli siap connector wire macam gmbr kanan ni. Potong wire capacitor lama tu dan sambung je guna connector ni.

Cara Untuk Baiki Kipas Siling Agar Kembali Menjadi Laju

Aku terangkan sikit mcm mana nak buka kipas jenis ni. korang pusing je casing ni arah lawan jam. Nanti dah buka casing tu akan nampak ada 3 skru, dan buka.

Baiki Kipas Siling

Bila dah buka skru tu, baru korang jumpa board. Sebelum korang buka board ni, pastikan cabut dulu wire connector. Lepastu apa lagi, korang boleh tukar capacitor baru macam aku bagutau tadi. Mudah kan?

Baiki Kipas Siling

Aku buat tadi kejap je, tak sampai 20 minit. Jadi daripada korang beli kipas baru terus, why not cuba tukar capacitor dlu. Tidak perlu untuk baiki kipas siling lagi lepas ni. Harap korang faham la ya.

Kredit : Azfar Ahmad

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down