Alahai, memang agak pening kepala kalau memikirkan TV di rumah kita tiba-tiba sahaja rosak dengan mengalami masalah paparan menjadi gelap, tapi audio mengeluarkan bunyi seperti biasa.
Kadangkala, kerosakan tv seperti ini berpunca dari power card yang bermasalah. Namun, ada juga disebabkan oleh LED backlight. Kalau nak baiki sudah pasti kita perlu tahu kerosakan mana satu yang terjadi.
Perkara tersebut dikongsi oleh lelaki ini yang bernama Syed Basrin. Berbekalkan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki olehnya untuk membaiki barangan elektronik, beliau telah berjaya membaiki tv rosak di rumahnya.
Jadi, untuk mengetahui langkah dan cara beliau lakukan, boleh teruskan bacaan di bawah ini
Ingin saya kongsikan pengalaman saya repair LED TV.
Model LED TV: Hisense (49K3110PW). Kerosakan: Skrin tiada video, hanya ade audio.
Kerosakan yang berkemungkinan:
1) Power card
2) LED backlight.
Langkah 1:
Tanggalkan semua screw cover belakang TV.
Langkah 2:
Setelah cover belakang dibuka, unit akan kelihatan seperti gambar di atas.
Langkah 3:
Kita perlu membuat satu ujian menggunakan multimeter untuk memastikan power card normal atau tidak.
Untuk membuat ujian tersebut, sila tanggalkan snap kabel seperti gambar di atas yang dibulatkan itu.
Langkah 4:
Ujian tersebut seperti berikut:
1) Pasangkan multimeter seperti gambar di atas. Pilih DC.
2) Pasangkan power cord.
3) Switch On suis dan On TV.
4) Sekiranya power card normal, bacaan multimeter harus seperti gambar di atas. Maka dengan ini, kita boleh yakin bahawa backlight yang bermasalah.
5) Kalau power card tak normal, bacaan multimeter ialah kosong.
Dalam kes ini, bacaan multimeter merupakan kosong. Bacaan gambar di atas adalah bacaan selepas tukar kad baru.
Langkah 5:
Sekiranya confirm power card bermasalah, sila tanggalkan 2 snap kabel dan tukar dengan unit baru.
Seterusnya, pasang balik semua snap kabel dan cover belakang seperti sediakala.
Akhirnya TV LED kembali beroperasi dengan normal.
Modal keseluruhan yang dikeluarkan untuk membeli power card baru sekitar RM175.
Sila abaikan post ini sekiranya kurang berpengetahuan dalam asas elektrik untuk keselamatan diri sendiri. Perkongsian ini bertujuan untuk memberi idea kepada semua pembaca mengenai apa yang rosak dan perlu di hantar ke kedai atau tidak untuk repair. Skrin tiada video tidak semestinya backlight rosak. Backlight kalau lagi mahal dari power card tau.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.