Cara Betul Mengecat Lantai Simen Menggunakan Cat Epoxy

63,382 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Zaman sekarang sudah pun mempunyai pelbagai cara untuk anda mengubahsuai lantai simen dirumah anda. Antaranya ialah menggunakan vinyl floor, pasang jubin (tiles) dan juga tikar getah. Namun, ada satu kaedah paling popular dan terbaru sekarang ialah menggunakan cat epoxy.

Seperti yang dikongsikan oleh Ain Mahzir ini, beliau telah memilih kaedah cat epoxy untuk lantai simen di rumah sewa beliau. Antara sebab beliau memilih cat ini ialah ianya tidak perlu pecah lantai, senang untuk mop, harga yang berpatutan dan juga banyak digunakan untuk industrial work place.

Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda cara-cara untuk menggunakan cat epoxy ini dengan betul dan juga hasil akhir cat tersebut. Bahan yang diperlukan juga akan dinyatakan juga. Jom kita tengok cara mengecat epoxy hasil daripada Ain Mahzir ini.

Wanita Ini Kongsi Cara Yang Betul Mengecat Lantai Simen Menggunakan Cat Epoxy

Kebanyakan kami buat DIY untuk jimatkan kos. Actually dah lama nak share untuk posting ni. Tapi, mana tahu ada sesiapa berhajat nak guna cat epoxy seperti kami. Boleh share yaa kawan-kawan. Semoga bermanfaat yaa

CAT YANG DIGUNAKAN

cat epoxy

CARA PENGGUNAAN CAT EPOXY

1. First, kami akan sapu dan cuci lantai menggunakan clorox/any pencuci. Sental guna berus sampai permukaan rata dan bersih. Klu ada tidak rata, kikis dahulu. Tips, please beli mop tolak air. Lagi mudah urusan kerja. Seperti dalam gambar.

cat epoxy

2. Biarkan seharian supaya simen betul-betul kering.

3. Campurkan epoxy + hardener nisbah 1:4. Kacau sehingga sebati.

4. Cat pada ruang yang kecil dahulu seperti bilik tidur. Akhir sekali ruang tamu. Tujuan, senang untuk bergerak.

Kami letak cellotape sekeliling tiles. Supaya senang nak cat

5. Biarkan kering 12-24 jam dulu. Then, ulang semula step di atas. Kami buat 2-3 layer.

cat epoxy

Ini adalah 1st layer. Pastikan kering dahulu baru buat layer yang lain

cat epoxy

Selepas selesai tambah layer kedua dan ketiga.

6. Tips terakhir, jangan kedekut cat. Biar tebal lebih cantik dan kemas.

HASIL AKHIR PENGGUNAAN CAT EPOXY

cat epoxy
cat epoxy

Ain Mahzir juga ada membuat dekorasi rumahnya. Berikut merupakan gambar-gambar dekorasi disekitar rumahnya.

cat epoxy

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap dengan perkongsian kali ini dapat memberikan anda inspirasi jika anda ingin melakukan sendiri cat lantai menggunakan cat epoxy ini.

Sumber : Ain Mahzir

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down