Jika hidup berjiran, boleh dikatakan ramai yang mengalami masalah seperti ini. Kita akan rasa malas untuk keluar jemur baju dekat hadapan rumah. Hal ini kerana, jiran-jiran memang akan sentiasa ada sahaja di depan rumah.
Jadi, kalau nak keluar rumah, sudah pasti wajib menutup aurat dan perlu berpakaian lebih sopan. Kalau jemur belakang rumah, pakai seluar pendek dan baju tak ada lengan pun orang tidak akan nampak.
Untuk mengatasi masalah ini dan memudahkan kerja seharian kita, apa kata keluarkan sedikit modal dan hasilkan secara DIY. Seperti yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Azie Emma Emma, beliau telah meminta suaminya menghasilkan ruang ampaian yang cukup jimat bajet sepantas 10 minit sahaja.
Saya anak ramai, 1 hari memang 4 mesin sekali basuh. Jadi, sampaikan hasrat pada suami boleh tak buatkan ruang jemur baju untuk saya yang selesa tanpa saya perlu menutup aurat untuk keluar jemur baju.
Jadi, di bawah inilah hasilnya. Suami pasang siap semua barang, ambil masa dalam 10 minit je.
Ampaian yang digunakan sebelum ini. Beliau berkata, apabila bawa ampaian baju ini ke ruang belakang rumah, memang akan jadi sempit, nak lalu lalang angkat kain dan jemur kain memang selalu bermasalah, terlanggar sana sini dan terhantuk sana sini itu perkara biasa.
Barangan yang digunakan dibeli dekat kenaga sahaja. Jika ruang belakang lagi besar, boleh tambah bagi lebih panjang.
Lebih jimat ruang kan kalau buat macam ni?
Inilah hasilnya, susunan baju pun lebih kemas.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi idea buat semua pembaca dalam membuat ampaian baju pada ruang belakang rumah.
Selamat mencuba.