Cara Buat Jam Dinding DIY Hanya Serendah RM17

2,417 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jam dinding adalah benda yang sangat penting untuk kita mengetahui waktu pada setiap hari. Jika tiada jam dinding dirumah seperti tidak lengkap rumah tersebut. Untuk menjadikan jam dinding di rumah kita supaya lebih menarik tidak salah untuk kita mendekorasikannya sendiri. Mengikut perkongsian dari Yatt Wan Mat ini. Hanya bermodalkan rm17, Yatt Wan Mat kongsikan cara buat jam dinding diy yang menarik ini.

Kebiasaannya tidak ramai yang cuba untuk mendekorasikan sendiri  jam pada dinding rumah masing-masing. Biasanya orang akan membelinya dalam keadaan yang sudah siap. Tetapi bagi yang tidak berkemampuan dan juga yang ingin berjimat, tidak salah untuk kita mendekorasikannya sendiri mengikut kreativiti masing-masing.

Jom kita lihat cara membuat jam dinding DIY  tersebut

Senarai barang :

  1. Jam dinding : Rm9
  2. Chopsticks : Rm2
  3. Butang seluar Jean : rm2 (2 packet). Jumlah rm4
  4. Hot Glue : rm2

Cara Buat Jam Dinding DIY :

Barang-barang yang dibeli semua dari kedai RM2 dan jumlah bajet untuk kesemuanya ialah rm17.

 Cara Buat Jam Dinding DIYIni adalah rupa butang seluar jean sepeket dia lebih 25pcs.

Langkah pertama panaskan hot glue gun dan tampal butang dekat chopsticks.

Selepas tampal tunggu sehingga ianya betul-betul kering dahulu.

Selepas sudah kering bahagikan sama banyak dan separuh dari yang telah dibahagikan itu lagi buat jadi dua butang.

Ukur dalam anggaran 4 jari lalu tampalkan butang pada bahagian tengah chopstick itu.

Langkah seterusnya ialah terbalikkan jam dan susun chopstick yang telah dilekatkan dengan butang itu.

Jarakkan ikut kemahuan anda.

 Cara Buat Jam Dinding DIYTampal hingga penuh dan keringkan.

 Cara Buat Jam Dinding DIYSiap dan inilah hasilnya.

 Cara Buat Jam Dinding DIYAkhir sekali bila semuanya sudah kering boleh letakkan di dinding.

Itu sahaja perkongsian yang dapat dikongsikan untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam mendekorasi jam rumah masing-masing.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down