Penggunaan besi C-Channel dalam menghasilkan projek DIY seringkali dilakukan oleh orang ramai pada ketika ini. Besi C-Channel digemari kerana ianya lebih mudah dan sangat kukuh serta tahan lama.
Biasanya kita dapat lihat ianya digunakan pada bahagian bumbung, rak tanaman bunga dan reban ternakan haiwan sahaja.
Namun pada kali ini, pemilik rumah ini yang bernama EnJai Wak Din Giman memilih untuk menggunakan besi C-Channel sebagai pangkin pada kebun mini milik isterinya.
Jadi, untuk melihat proses DIY yang dilakukan, boleh teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.
Alhamdulillah, siap repair pankin untuk isteri melepak.
Ini kawasan privacy ada mini kebun bunga isteri, tempat duduk-duduk kupas kulit bawang.
Pada asalnya platform pangkin itu buat guna 9mm THK plank, tapi lama-lama reput, jadi tukar C-Channel je.
Sebenarnya simen plank tak sesuai untuk external platforms atau floor.
Rupa asal pangkin ini yang telah reput guna simen plank.
Kemudian, proses repair pangkin ini dilakukan dengan menggunakan besi C-Channel.
Besi C-Channel selesai dipasang.
Bagi menampakkan ianya kelihatan seperti kayu, boleh sapu cat seperti dalam gambar di bawah ini.
Selesai sudah projek DIY pangkin yang dilakukan pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.
Sumber: EnJai Wak Din Giman