Pada masa kini, banyak pilihan yang boleh dilakukan dalam mendapatkan kabinet dapur idaman. Jika ingin membelinya secara terus, rasanya tidak semua yang berkemampuan.
Namun, jika mahu memiliki table top dengan cara jimat, apa kata hasilkannya sendiri dengan melakukan DIY sahaja.
Perkongsian projek DIY pada kali ini adalah mengenai penghasilan dapur table top dengan hanya menggunakan block dan formica sahaja.
Sudah pasti ada yang tertanya-tanya, tahan lama ke kalau guna block board ini?
Jawapannya adalah ya. Hal ini disebabkan oleh ianya terdiri daripada susunan jalur kayu block jenis resak dan disusun dari tepi ke tepi antara dua lapisan papan lapis.
Kemudian, jika ia dilekatkan dengan formica, ia mampu bertahan lama dan cukup kukuh.
Itu adalah sedikit kelebihan penggunaan blockboard ini. Jadi, untuk melihat proses DIY yang dilakukan, boleh terus ikuti perkongsian pada bahagian bawah ini.
Apa yang perlu ada adalah material blockboard bersaiz 18mm.
Selepas ukur dan tanda, boleh potong dengan menggunakan circular saw seperti cara di bawah ini.
Kayu ini juga dipotong untuk membuat skirting.
Skirting yang dipotong tadi seterusnya diskrukan dengan menggunakan skru 2/3 inci.
Langkah seterusnya pula adalah dengan menyapu gam untuk ditampal formica.
Gam juga turut disapu pada formica. Sebelum ditampal, biarkan ia kering terlebih dahulu.
Kemudian, tampal formica tersebut. Formica itu perlu dipotong lebih sedikit supaya apabila proses trim dilakukan, ianya akan lebih kelihatan kemas.
Proses trim formica dilakukan dengan menggunakan trimmer. Mata trimmer itu perlu di setkan lebih sedikit dalam lingkungan 3mm supaya potongan akan jadi lebih cantik.
Untuk bahagian table top pula, pada bahagian atas formica, sapu gam dan ratakan semua. Kemudian lakukan proses seperti tadi iaitu keringkan terlebih dahulu.
Cara menampalnya, perlu ada gam pada kedua-dua bahagian permukaan dan jangan lupa letakkan kayu seperti dalam gambar di bawah.
Ini bertujuan untuk mengelakkan formica tersebut dari melekat untuk memudahkan kita setting.
Selepas selesai menampal, cabut satu persatu kayu tadi.
Setelah selesai proses mencabut kayu, bahagian lebihan formica itu ditrim.
Inilah hasilnya.
Selesai sudah projek DIY pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca di luar sana. Selamat mencuba.
Kredit: @diynewbies