Pada masa kini, pemilik rumah lebih suka berjimat cermat dalam membeli perabot dan segala peralatan dek kerana harga yang semakin melambung tinggi dan agak mahal.
Sekiranya tidak mahu mengeluarkan kos yang banyak, apa kata lakukan dengan cara DIY sahaja. Ianya lebih jimat.
Namun, penghasilan perabot dengan cara DIY sudah pasti memerlukan kemahiran yang agak tinggi. Barulah dapat menghasilkan produk yang berkualiti dan setaraf seperti dijual di kedai perabot.
Nak tengok bagaimana lelaki ini hasilkan DIY almari baju yang berkualiti? Boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Alhamdulillah siap projek almari 8 × 8 × 2
Bahagian tempat simpan baju sebelum ini.
Proses mengukur dan pemasangan kayu pada plywood dilakukan dengan menggunakan kayu 1x2x8.
Kayu yang diukur tadi dipotong dengan menggunakan gergaji kayu.
Kayu tersebut selesai dilekatkan pada plywood. Seterusnya pula adalah proses pemasangan bagi membentuk almari baju.
Kerangka kayu tadi mula dicantumkan dengan plywood yang telah dilekatkan dengan kayu untuk membentuk teras yang kukuh supaya tidak mudah roboh.
Ia dilekatkan dengan menggunakan skru. Untuk memudahkan kerja, boleh guna drill yang khusus untuk skru.
Inilah hasil almari yang dilakukan secara DIY.
Pada bahagian dalam tersebut ditampal dengan wallpaper supaya ia kelihatan lebih kemas dan menarik.
Pandangan dari dalam almari yang dihasilkan itu.
Rupa bahagian luar almari.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari idea untuk melakukan kerja-kerja DIY seperti ini.
Semoga bermanfaat.