Cara Mudah DIY Almari Table Top Tanpa Guna Drill

18,000 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pada masa kini, ramai dikalangan kita lebih memilih untuk berjimat cermat dalam berbelanja, lebih-lebih lagi untuk mengubahsuai rumah atau dapur.

Sebenarnya ada sahaja cara yang lebih jimat bagi mencantikkan dapur rumah kita. Contohnya dengan melakukannya dekorasi dan ubahsuai secara DIY.

Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Puan Ema. Beliau telah berjaya menghasilkan DIY almari table top yang cukup kreatif tanpa menggunakan drill.

Jadi, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara Mudah DIY Almari Table Top

DIY almari bawah table top, tanpa guna drill, dekat sini saya share juga barang-barang yang saya guna ye. Mana tahu kot ada yang nak try juga.

Keadaan ruang dapur sebelum diubahsuai.

Cara Mudah DIY Almari Table Top Tanpa Guna Drill

Ketika ini, baru selesai tampal wallpaper dekat bawah table top dan sudah siap pasang rail. Cara seperti ini tidak perlu drill, hanya guna gam sahaja.

Cara Mudah DIY Almari Table Top Tanpa Guna Drill

Inilah hasil projek DIY simple pintu bajet table top ala-ala sliding. Beliau berkata, pada permulaannya, beliau hanya mahu memasang langsir sahaja pada bahagian bawah table top itu oleh kerana ianya kelihatan agak  berserabut apabila tengok barang-barang bawah table top itu.

Namun, setelah berfikir panjang dek kerana beliau seorang yang jenis memasak dengan ganas dan anak bujang dengan anak dara pun jenis suka memasak sudah pasti langsir akan jadi cepat kotor. Sesudahnya, beliau mengambil keputusan untuk lakukan DIY sahaja almari bawah table top itu.

Cara Mudah DIY Almari Table Top Tanpa Guna Drill

Bahagian dapur kecil sahaja janji selesa untuk digunakan.

Cara Mudah DIY Almari Table Top

Ini adalah barang-barang yang digunakan. Gam itu digunakan untuk lekatkan rail pada bawah table top. Hal ini kerana, beliau tidak mahu guna drill.

Tips untuk guna gam itu:

Kalau guna, kena tunggu sehari baru kering.

Cara Mudah DIY Almari Table Top Tanpa Guna Drill

Ini adalah papan plywood yang sudah siap ditampal guna wallpaper. Ianya bukan wallpaper yang biasa tampal dekat dinding. Plywood di bawah ini beliau order dekat Shopee sahaja. Ukur siap-siap, selepas itu minta seller potong ikut ukuran yang telah diberikan.

Cara Mudah DIY Almari Table Top Tanpa Guna Drill

Roda itu muat untuk plywood yang mempunyai ketebalan 5 mm.

Cara Mudah DIY Almari Table Top

Inilah rail yang digunakan untuk meletakkan roda itu. Rail dengan roda beli di Shopee.

Cara Mudah DIY Almari Table Top Tanpa Guna Drill

Lebih kemas dan teratur dapur ini setelah diterapkan sedikit dekorasi dan kerja-kerja DIY.

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down