Cara DIY Bakul SkyBird Guna Barang Eco Dan MrDiy

4,342 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bila rumah sudah cukup dengan perabot  yang besar-besar, rasa tak lengkap pula bila tiada hiasan hiasan "minor" ni. Dengan adanya kehadiran hiasan-hiasan ini akan meningkatkan lagi keceriaan rumah anda. Lagi-lagi nak letak tanaman kegemaran anda tapi tak tahu cara nak buat sendiri bakul yang murah dan jimat.

Apa kata kita ikuti perkongsian daripada Suhaila Shaari  yang berkongsi cara-cara buat bakul untuk tanaman anda. Perkongsian kali ini adalah dari Suhaila Shaari. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara diy bakul skybird guna barang eco dan mrdiy.

Menarik apa yang dilakukan oleh wanita ini. Hasil bakul yang berjaya dibuat itu sangat cantik dan seperti yang dijual dikedai. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi oleh wanita ini.

Cara DIY Bakul SkyBird Mudah Dan Ringkas :

Jom DIY bakul skybird Guna brg dari Eco dan MrDiy sahaja.

Rope tie dari Mrdiy. Harga rm2.10 satu pack kalau tak silap. Saya beli 11 packs.

Pasu dari Kedai Eco. Ikot la nak pasu macam mana pun. suka hati anda sendiri. Pilih mengikut minat anda.

Ini dari kedai eco juga. Untuk buat part kaki. Tapi sebenarnya lagi senang guna kayu silinder. Lagi kukuh. Ada dekat hardware kayu itu. Murah sahaja.

Gam ini boleh dikatakan best gila dibeli  dari kedai Mrdiy.

Langkah seterusnya. Jom kita main lilit lilit seperti gambar dibawah ini.

Siap. Inialh hasil diy yang telah siap dilakukan oleh wanita ini. Cantik dan menarik bukan hasil kerja wanita ini?

Buat kaki pulak. Sekali lagi, kayu lebih elok kita potong serong untuk jada tapak bawah.

Siap lilit juga.

Hasil akhir. Itu sahaja perkongsian yang dapat dikongsikan untuk anda pada kali ini. Selamat mencuba.

Kredit : Suhaila Shaari

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down