Bilik tidur merupakan satu ruang yang sangat penting bagi setiap orang. Dengan mempunyai bilik tidur yang cantik dan kelihatan kemas, sudah pasti mampu membuatkan tidur kita lebih lena dan selesa.
Selain dari bilik tidur kita, bilik tidur anak juga perlulah diubahsuai supaya kelihatan cantik dan berseri-seri. Barulah anak akan lebih suka untuk berada di dalam bilik sendiri.
Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang ibu yang bernama Ain Idris. Beliau telah berkongsi cara melakukan DIY bilik tidur anak dengan menggunakan wainscoting sahaja.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Percubaan DIY wainscoting alhamdullilah berjaya. Sebelum dan selepas bilik tak besar sangat.
Pembetulan cod colour saya guna Classic Silk Nippon Paint.
Keadaan bilik anak sebelum diubahsuai dengan konsep dan gaya baru. Jelas kelihatan biliknya penuh dengan contengan pada dinding rumah.
Keadaan bilik sebelum diubahsuai dari sudut pandangan lain.
Keadaan bilik selepas selesai diubahsuai dengan konsep wainscoting.
Keadaan bilik dari sudut bucu dengan hiasan pokok plastik dan kabinet baru.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari idea dan sumber inspirasi untuk deco bilik anak dengan gaya wainscoting.
Semoga perkongsian pada kali ini bermanfaat semua.