Memiliki bilik yang cantik dan kemas adalah impian bagi setiap orang yang mempunyai bilik tidur sendiri. Sebenarnya, untuk mengubahsuai bilik sendiri tidaklah begitu rumit seperti mahu mengubahsuai sebuah rumah.
Apa yang menarik dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Jie Bandar Putra adalah beliau telah melakukan ubahsuai bilik tidurnya secara seorang diri tanpa mengupah orang.
Jadi, jika ingin melihat hasil yang dilakuka, Jom sama-sama kita ikuti di bawah ini.
Saya nak share tutorial dekorasi bilik tidur dengan bajet yang tak sampai RM90
Ini adalah keadaan bilik tidur sebelum proses pengubahsuaian dilakukan.
Langkah - Langkah:
Langkah 1:
Cat dinding kira-kira 60cm dari lantai. Cat yang digunakan adalah cat nippon paint porcelain blue.
Langkah 2:
Sementara menuggu cat kering, potong wainscoting pvc dengan menggunakan pisau. Kalau boleh potong lebar 40cm X 80cm panjang X 4 kotak. Jangan lupa potong serong setiap bucu wainscoting guna pembaris segitiga 45°
Wainscoting pvc ni boleh beli di shopee. Link Shopee : https://invol.co/cl2qzen
Langkah 3:
Setelah cat kering sapukan gam dunlop pada wainscoting dan biar dalam 4-5 minit.
Langkah 4:
Lekatkan wainscoting pvc ikut garisan kotak yang terlebih dulu kita lukis sebagai panduan.
Langkah 5:
Sambung lekatkan bahagian yang panjang.
Langkah 6:
Teruskan lekat sampai habis. Untuk hasil yang lebih elok guna pembaris atau kayu semasa lekatkan wainscoting pvc agar lebih lurus dan cantik.
Inilah hasil yang sudah siap.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu pembaca di luar sana dalam cuba untuk mendekorasikan bilik tidur sendiri.