Cara DIY Cable Management Guna 3 Barang Sahaja

2,182 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa yang tak sakit hati kan apabila tengok wayar yang panjang bersepah dan berbelit di atas lantai? Macam serabut jer tengok, kan?

Ada banyak cara nak sorok wayar yang berselirat. Anda boleh buat satu projek DIY cable management untuk mengatasi masalah wayar yang bersepah di atas lantai ini.

Cara untuk melakukan DIY ini, anda boleh rujuk kepada perkongsian daripada Dila Akashah ini. Beliau melakukannya dengan menggunakan 3 barang sahaja. Yang penting hasil DIY tersebut telah pun menyelesaikan masalah wayar yang berbelit.

Jika anda ingin ketahui bagaimana DIY ini dilakukan. Jom ikuti cara-cara yang dikongsikan oleh Dila Akashah.

Cara Untuk DIY Cable Management Dengan Hanya Menggunakan 3 Barang Sahaja

Hi. Nak share cara saya buat cable management area TV yang ada macam2 benda ada macam2 wayar. Kos bawah RM10 je.

Bahan-Bahan Diperlukan Untuk Lakukan DIY Ini

Cara Untuk Melakukan DIY Cable Management

Gambar sebelum. Ada wayar TV, plug extension, modem unifi, wifi router dan wayar-wayar lain yang berselirat sana sini.

DIY Cable Management

3 benda ni je. PVC case beli dekat kedai hardware, cable tight dan double sided tape beli dekat Mr. DIY.

Ikat wayar dan lekatkan PVC case kat mana2 tempat yang sesuai. Kena buat lubang sikit dekat PVC case utk keluar masuk wayar. Lebihan wayar sorok dalam tu.

DIY Cable Management

Wifi router pun saya sumbat sini. Sakit mata tengok sepah-sepah. Modem pulak letak dalam kabinet TV. Setakat ni ia tak menjejaskan speed internet walaupun duduk dalam bilik.

DIY Cable Management

Siap juga akhirnya DIY yang dilakukan ini.

Sumber : Dila Akashah

Senang je, kan? Hanya perlukan 3 barang sahaja dah boleh DIY sendiri. Sangat jimat dan berbaloi. Tak perlu keluarkan duit untuk upah orang. Kini, lagi sedap mata untuk menonton TV tanpa wayar berselerak di depan mata.

Semoga bermanfaat!

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down