Cara Hasilkan Rak Gantung Hexagon Guna Batang Aiskrim

4,239 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pasti ada di kalangan kita yang lebih gemar untuk menghasilkan hiasan rumah sendiri berbanding daripada membelinya secara terus di kedai.

Terdapat beberapa faktor yang membuatkan mereka untuk menghasilkan rak kreatif tersebut secara sendiri. Salah satu sebabnya adalah hobi dan juga mahu menjimatkan kos.

Perkara tersebut turut dilakukan oleh wanita ini yang menggunakan nama samaran Facebook Winter Sonata. Beliau juga telah berkongsi cara hasilkan DIY rak gantung hexagon menggunakan batang aiskrim sahaja.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti cara penghasilan dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara Hasilkan Rak Gantung Hexagon Guna Batang Aiskrim

Projek diy buat hexagon box. Ralit betul membuatnya dan ambil masa dua hari sahaja nak menyiapkan.

Bila sudah siap rasa puas hati yang teramat. Misi nak buat hexagon colorfull untuk letak dalam bilik anak pula nanti.

Ini adalah batang aiskrim yang digunakan untuk membuat rak gantung hexagon tersebut.

Cara Hasilkan Rak Gantung Hexagon

Langkah pertama, permulaan proses diy ini, tampal batang aiskrim tersebut membentuk diamond dengan menggunakan gam.

Cara Hasilkan Rak Gantung Hexagon

Lakukan langkah ini berulang kali dan kemudian lekatkan batang aiskrim yang dibentuk menjadi diamond tersebut antara satu sama lain. Hasilnya seperti dibawah ini.

DIY Rak Gantung Hexagon
DIY Rak Gantung Hexagon

Batang aiskrim tersebut setelah selesai dilekatkan dengan gam. Susun sebanyak 20 lapisan dan kemudian tampal.

DIY Rak Gantung Hexagon
DIY Rak Gantung Hexagon

Hasil DIY setelah rak hexagon berjaya digantung pada dinding. Ianya agak kukuh kerana setelah diletakkan pasu mini, ianya masih lagi kekal utuh pada bahagian dinding tersebut dan tidak jatuh.

DIY Rak Gantung Hexagon

Untuk proses batang berwarna seperti ini, ia mempunyai dua cara:

  1. boleh membelinya scara terus di kedai.
  2. Perlu mengecat sendiri dengan warna kegemaran.
DIY Rak Gantung Hexagon

Itu sahaja perkongsian mengenai cara hasilkan DIY rak gantung hexagon pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down