Aduhai, stressnya apabila gam tertumpah dan terus melekat kat tangan. Dahlah gam yang tertumpah itu adalah gam gajah. Keadaan akan bertambah stress jika gam tersebut tertumpah atas lantai,baju atau permukaan yang tidak diingini.
Anda tidak perlu risau jika terjadi perkara sedemikian kerana ada cara efektif untuk hilangkan kesan gam "super glue". Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Jom kita tengok cara-cara tersebut
Sebenarnya, gam gajah ini dipanggil sebagai gam cyanoacrylate kerana ia menggambarkan gam melekat dengan segera dan pantas. Bahan utama dalam gam cyanoacrylate adalah cyanoacrylate.
Tujuan gam gajah ini digunakan adalah untuk membaiki sesuatu yang tertanggal atau kerja kerja seni tangan yang memerlukan dua permukaan dilekatkan. Namun, sesetengah kes ada juga dimana ia melekat pada tangan manusia.
Sekiranya anda terkena gam gajah , rendam kawasan yang terkena tersebut di dalam air sabun yang suam.
Lagi satu cara efektif untuk menghilangkan gam gajah ini adalah dengan menggunakan garam sahaja. Caranya adalah :
Pastikan anda berhati-hati dalam proses ini kerana permukaan yang kesat akan cederakan tangan anda.
Minyak masak atau mentega juga dapat memisahkan jari-jari yang terkena pada gam gajah ini. Caranya adalah :
Sebilangan penghilang cat kuku mengandungi pelarut yang sangat kuat dipanggil acetone. Acetone dapat melarutkan gam gajah yang terlekat pada pakaian atau permukaan yang licin. Caranya adalah :
Acetone sangat toksik dan anda dinasihati untuk mencuci tangan dengan cepat jika terkena acetone. Jangan gunakan acetone pada kulit yang cedera.
Salah satu bahan yang mampu menghilangkan kesan gama adalah menggunakan petroleum jelly. Caranya adalah :
Beberapa kedai ada menjual produk khas yang dapat menghilangkan kesan gam gajah. Berikut adalah contoh produk yang dapat meghilangkan kesan gam.
Yang last sekali adalah dengan menggunakan jus lemon. Anda boleh rendam tangan anda yang terlekat dengan gam kedalam air perahan lemon.
Asid yang terdapat pada lemon tersebut mampu mengurangkan kesan gam dan gam akan tertanggal dengan mudah.
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Jadi, jika anda melakukan sesuatu dekorasi atau apa-apa kerja dan terkena gam gajah pada apa jua permukaan, pastikan anda membaca ini untuk mengilangkan kesan gam. Semoga berjaya semua.