Cara Hasilkan Kabinet Dapur Guna Kayu Recycle Katil Lama

2,845 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau sudah memang berbakat dan kreatif, kayu katil lama pun dapat ditukarkan menjadi meja ala almari kabinet tau.

Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Nani's Makeover, beliau telah menghasilkan projek DIY yang simple namun cukup kreatif berkat dari minat yang mendalam di dalam bidang pertukangan dan DIY.

Jadi, jom kita ikuti perkongsian projek DIY yang dilakukan ini.

Cara Hasilkan Kabinet Dapur Dengan Kayu Katil Lama

Hari ini siap projek DIY. Bak kata orang jerman, biar lambat asal siap. Nanti tacap sedikit mana yang patut.

Alhamdulillah. Dah boleh simpan biskut dah

Sebelum ini, beliau recycle kayu katil untuk buat meja seperti gambar di bawah ini. Selepas itu, biarkan beberapa bulan sebab kayu tak cukup. Jadi, fokus perkara lain dahulu.

Cara Hasilkan Kabinet Dapur

Kemudian, projek ini dilakukan sedikit demi sedikit bersama si anak terunanya. Projek DIY ini dihasilkan mengikut keperluan sahaja. Mereka sekeluarga memerlukan ruang tambahan untuk simpan stok makanan.

Cara Hasilkan Kabinet Dapur
Cara Kabinet Dapur

Inilah rupa bahagian meja tadi yang telah dipasang pintu kabinet.

DIY Kabinet Dapur

Gambar penuh bahagian dapur rumahnya setelah selesai diubahsuai.

Cara Hasilkan Kabinet Dapur

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi idea untuk menghasilkan projek DIY kreatif seperti ini. Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down