Ramai dikalangan kita pada masa kini sudah mula berminat untuk menceburi dalam bidang pertukangan. Hal ini kerana, rata-rata pemilik rumah mengakui bahawasanya dengan melakukan secara DIY, ianya lebih menjimatkan kos dari membelinya secara siap.
Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Amir Hazwan Saad. Beliau telah menghasilkan satu projek DIY yang cukup menarik dengan menghasilkan meja konsol hanya guna kayu dari Shopee sahaja.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti di bawah ini.
Tukang buat console table. Kaki meja guna kayu meranti 1"x2" beli kat Shopee sahaja.
Ukur siap-siap minta dia potong. Table top guna kayu pine untuk shelf, Shopee juga. Sampai semua barang aku skru sahaja.
Tambah kayu 1" kecil itu buat cross bracing bagi lebih kukuh. Disebabkan warna kayu meranti itu tak cun, aku cat putih. Rasa macam menyesal pula haha
Ini adalah kayu yang digunakan. Kayu tersebut dibeli dari Shopee.
Pengepit digunakan semasa proses melekatkan kayu tersebut sehingga ianya kering.
Kerangka kayu setelah siap dipasang.
Meja konsol setelah siap dipasang.
Bagi membuatkan ianya kelihatan lebih menarik, kaki meja tersebut dicat dengan menggunakan warna putih.
Hasil setelah selesai diubahsuai sepenuhnya. Sangat cantik dan menarik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.