Suami yang baik sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat melihat isterinya sentiasa ceria dan bahagia. Bak kata pepatah, lautan api pun sanggup direnangi, inikan pula projek DIY. Sudah pasti sanggup buat kerana cukup mudah dan senang.
Itulah yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Asrul Achoi. Selain dari berkongsi projek DIY yang dihasilkan, ia juga menunjukkan sekali cara hasilkan side table hanya guna kayu lama.
Jadi, jom kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Wife teringin nak side table dalam pinterest macam dalam gambar itu. Kita pun dengan yakin, cuba la merealisasikan impian isteri.
Idea penghasilan side table ini di ambil dari Pinterest.
Isteri kata, tergamak buat guna kayu buruk. Kayu tak make up lagi, memang nampak seperti itu. Sukat, ukur dan potong 45 darjah. Kemudian, pahat, gosok dan trim.
Nampak sahaja kayu itu buruk. Tapi kayu merbau, kayu yang lain sudah reput rosak dimakan anai-anai. Tinggallah ini sahaja yang masih bertahan.
Kayu itu diukur terlebih dahulu.
Selepas itu, ditandakan bahagian mana yang perlu dipotong.
Kayu itu dipahat.
Proses memahat diteruskan lagi.
Kayu yang digunakan adalah kayu yang sudah lama tersadai dekat belakang rumahnya. Memang sangat kelihatan lama kayu ini.
Selepas itu, kayu dipotong menggunakan mesin. Harga untuk mesin ini agak mahal sekitar RM3.7k. Nama benda ini adalah sliding compound bevel mitre saw.
Ia boleh potong kayu setebal hampir 5 inci. Tetapi, boleh beli jenis brand lain yang bersaiz lebih kecil dari yang ini kalau nak lagi murah. Mesin ini beliau beli untuk potong kayu-kayu besar yang jadikan pondok. Berat mesin ini pun sudah mencecah 32 kg. Kalau nak beli, boleh survey harga dekat Shopee.
Mitre Saw: https://shope.ee/4KgfM9UYca
Rasanya sudah cukup kukuh apabila diletakkan gam. Tembak guna nail gun.
Pandangan side table dari jarak dekat.
Hasil setelah siap projek ini dilakukan.
Apa yang dirancangkan itu mengambil masa 3 hari untuk disiapkan. Kalau ikutkan, 5 hari baru siap jika skip pemasangan tanggam itu semua.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi idea kepada pemilik rumah di luar sana dalam menghasilkan projek DIY dengan menggunakan barangan terpakai.
Semoga bermanfaat.